{"id":9029,"date":"2026-04-10T03:38:23","date_gmt":"2026-04-10T03:38:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9029"},"modified":"2026-04-10T03:38:23","modified_gmt":"2026-04-10T03:38:23","slug":"jurubahasa-isyarat-rtm-meninggal-dunia-fahmi-zahir-ucapan-takziah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jurubahasa-isyarat-rtm-meninggal-dunia-fahmi-zahir-ucapan-takziah\/","title":{"rendered":"Jurubahasa isyarat RTM meninggal dunia, Fahmi zahir ucapan takziah"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga jurubahasa isyarat Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohammad Fadhil Tan Razman Tan, yang meninggal dunia hari ini selepas hampir sebulan bertarung nyawa.<\/p>\n<p>Allahyarham, yang lebih dikenali sebagai Abby Tan dalam kalangan rakan sekerja dan penonton, sebelum ini terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 6 Mac lalu ketika dalam perjalanan pulang ke kampung ibunya di Ipoh, Perak.<\/p>\n<p>\u201cSemoga keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini,\u201d kata Fahmi menerusi satu hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakan-rakan Allahyarham di RTM, khususnya warga Bahagian Berita Ehwal Semasa, serta mengajak orang ramai untuk bersama-sama mendoakan agar roh Abby Tan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.<\/p>\n<p>Menurut laporan sebelum ini, kemalangan berlaku antara jam 9 hingga 10 malam di kawasan Simpang Pulai, Perak.<\/p>\n<p>Abby Tan yang menunggang motosikal dipercayai menjadi mangsa langgar lari melibatkan sebuah lori.<\/p>\n<p>Susulan kejadian itu, beliau dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.<\/p>\n<p>Abby Tan dikenali sebagai antara wajah penting dalam penyampaian berita RTM melalui bahasa isyarat, sekali gus memainkan peranan besar dalam memastikan golongan kurang upaya pendengaran mendapat akses kepada maklumat semasa.<\/p>\n<p>Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada RTM, tetapi juga kepada komuniti pekak dan bisu di negara ini yang selama ini bergantung kepada khidmatnya untuk memahami perkembangan berita harian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga jurubahasa isyarat Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohammad Fadhil Tan Razman Tan, yang meninggal dunia hari ini selepas hampir sebulan bertarung nyawa. Allahyarham, yang lebih dikenali sebagai Abby Tan dalam kalangan rakan sekerja dan penonton, sebelum ini terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 6 Mac lalu ketika [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9030,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3605,49,3606,184,325],"authors":[],"class_list":["post-9029","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-abby-tan","tag-fahmi-fadzil","tag-jurubahasa-isyarat","tag-komunikasi","tag-rtm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9029","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9029"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9029\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9031,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9029\/revisions\/9031"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9030"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9029"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9029"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9029"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9029"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}