{"id":9038,"date":"2026-04-10T09:37:31","date_gmt":"2026-04-10T09:37:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9038"},"modified":"2026-04-10T09:37:31","modified_gmt":"2026-04-10T09:37:31","slug":"kerajaan-berusaha-kekalkan-harga-subsidi-ron95-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-berusaha-kekalkan-harga-subsidi-ron95-pmx\/","title":{"rendered":"Kerajaan berusaha kekalkan harga subsidi RON95: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan memberi jaminan akan terus berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter di bawah program subsidi Budi Madani (Budi95), meskipun berdepan tekanan kewangan susulan ketidaktentuan global.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu penting bagi mengurangkan beban rakyat yang terkesan dengan konflik di Asia Barat serta turun naik harga minyak dunia.<\/p>\n<p>\u201cAda isu dibangkitkan sama ada harga RON95 boleh bertahan. Setakat ini kita berusaha untuk pertahankan harga ini,\u201d katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah, Ampang.<\/p>\n<p>Beliau mengakui langkah mengekalkan subsidi tersebut memberi tekanan kepada kewangan negara, namun menegaskan ia masih wajar diteruskan demi kebajikan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun dari segi kewangan sedikit membebankan kerajaan, saya fikir penting untuk kita kurangkan beban rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menekankan semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan kestabilan ekonomi negara, dengan kerajaan komited mengambil pendekatan yang tidak membebankan rakyat.<\/p>\n<p>Mengulas isu diesel, Anwar berkata kerajaan akan meneruskan subsidi bersasar dan sedang meneliti kaedah membantu golongan yang terkesan akibat kenaikan harga bahan api itu.<\/p>\n<p>Untuk rekokd, kenaikan harga diesel di Semenanjung menunjukkan lonjakan sehingga RM6.72 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April, walaupun harga minyak global menunjukkan penurunan.<\/p>\n<p>Kementerian Kewangan Malaysia menjelaskan kenaikan itu berpunca daripada kaedah penetapan harga berdasarkan purata mingguan, bukan harga harian semasa.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan bekalan tenaga, Anwar memaklumkan kebanyakan kapal Malaysia yang membawa minyak mentah telah berjaya melalui Selat Hormuz, laluan penting perdagangan minyak dunia.<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah, bekalan minyak untuk April dan Mei nampaknya masih dalam keadaan baik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan memberi jaminan akan terus berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter di bawah program subsidi Budi Madani (Budi95), meskipun berdepan tekanan kewangan susulan ketidaktentuan global. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu penting bagi mengurangkan beban rakyat yang terkesan dengan konflik di Asia Barat serta turun naik harga minyak dunia. \u201cAda isu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,585,74,18,555,296,3468],"authors":[],"class_list":["post-9038","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-krisis","tag-minyak","tag-pmx","tag-ron95","tag-subsidi","tag-tenaga"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9038","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9038"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9038\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9039,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9038\/revisions\/9039"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9038"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9038"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9038"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9038"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}