{"id":9041,"date":"2026-04-10T09:44:43","date_gmt":"2026-04-10T09:44:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9041"},"modified":"2026-04-10T09:44:43","modified_gmt":"2026-04-10T09:44:43","slug":"harga-minyak-naik-amir-hamzah-jelaskan-kenapa-malaysia-turut-terkena-tempias","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/harga-minyak-naik-amir-hamzah-jelaskan-kenapa-malaysia-turut-terkena-tempias\/","title":{"rendered":"Harga minyak naik: Amir Hamzah jelaskan kenapa Malaysia turut terkena tempias"},"content":{"rendered":"<p>Kenaikan harga minyak global terus memberi kesan kepada Malaysia, yang masih bergantung kepada import untuk memenuhi hampir separuh keperluan bahan api harian negara.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata, keadaan itu menyebabkan harga petrol dan diesel tempatan turut terdedah kepada tekanan luar.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pengeluaran minyak domestik ketika ini hanya sekitar 350,000 tong sehari, sedangkan penggunaan harian mencecah kira-kira 700,000 tong.<\/p>\n<p>\u201cIni bermakna kita masih perlu mengimport minyak, terutamanya dari Asia Barat,\u201d katanya dalam satu taklimat di Putrajaya.<\/p>\n<p>Tambahnya, sekitar 60 peratus bekalan minyak negara diperoleh dari Asia Barat, manakala kira-kira 40 peratus keperluan penapisan bergantung kepada laluan strategik di Selat Hormuz.<\/p>\n<p>Situasi geopolitik di rantau itu turut memberi kesan besar kepada kenaikkan kos.<\/p>\n<p>\u201cKonflik di Asia Barat telah menyebabkan kos penghantaran dan insurans meningkat secara mendadak,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendedahkan kos logistik perkapalan kini meningkat sehingga tiga kali ganda, manakala insurans melonjak sehingga 16 kali ganda.<\/p>\n<p>Selain itu, faktor lain seperti bekalan global yang semakin terhad, permintaan yang tinggi serta ancaman keselamatan turut menyumbang kepada kenaikan harga.<\/p>\n<p>Semua kos ini, katanya, dimasukkan dalam harga sebenar minyak yang diimport ke negara ini.<\/p>\n<p>Walaupun berdepan tekanan harga, kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan bahan api dalam negara masih mencukupi.<\/p>\n<p>Amir Hamzah menegaskan Malaysia tidak mengalami kekurangan stok RON95 atau diesel setakat ini.<\/p>\n<p>\u201cKetika banyak negara berdepan kekurangan bekalan hingga memaksa stesen minyak ditutup, kita masih mampu mengekalkan operasi yang stabil,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, pengurusan sumber oleh PETRONAS dan syarikat minyak lain memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan terus mencukupi.<\/p>\n<p>Kenaikan harga minyak global sebelum ini didorong oleh ketegangan geopolitik, gangguan rantaian bekalan serta pemulihan permintaan pasca pandemik, sekali gus memberi tekanan kepada banyak negara pengimport termasuk Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenaikan harga minyak global terus memberi kesan kepada Malaysia, yang masih bergantung kepada import untuk memenuhi hampir separuh keperluan bahan api harian negara. Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata, keadaan itu menyebabkan harga petrol dan diesel tempatan turut terdedah kepada tekanan luar. Menurut beliau, pengeluaran minyak domestik ketika ini hanya sekitar 350,000 tong sehari, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1093,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,3609,582,1810,74,583,296],"authors":[],"class_list":["post-9041","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-harga-dunia","tag-iran","tag-menteri-kewangan-ii","tag-minyak","tag-perang","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9041","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9041"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9041\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9042,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9041\/revisions\/9042"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1093"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9041"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9041"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9041"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9041"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}