{"id":9044,"date":"2026-04-10T09:47:50","date_gmt":"2026-04-10T09:47:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9044"},"modified":"2026-04-10T09:47:50","modified_gmt":"2026-04-10T09:47:50","slug":"syarikat-salah-guna-diesel-bersubsidi-bakal-dikenakan-tindakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/syarikat-salah-guna-diesel-bersubsidi-bakal-dikenakan-tindakan\/","title":{"rendered":"Syarikat salah guna diesel bersubsidi bakal dikenakan tindakan"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan memberi amaran tegas kepada syarikat korporat dan pemain industri agar tidak mengambil kesempatan membeli diesel bersubsidi di stesen minyak bagi mengurangkan kos operasi mereka.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, tindakan penguatkuasaan akan dipertingkat terhadap kegiatan dikenali sebagai \u201cchannel switching\u201d, iaitu apabila syarikat yang sepatutnya membeli diesel pada harga pasaran terus daripada pembekal minyak bertindak membeli pada harga pam yang lebih rendah.<\/p>\n<p>\u201cIndustri sepatutnya mendapatkan bekalan diesel secara terus daripada syarikat minyak.<\/p>\n<p>\u201cJika mereka membeli pada harga pam, itu jelas satu penyelewengan,\u201d katanya ketika taklimat harian berkaitan krisis tenaga global di Putrajaya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, harga diesel bagi sektor industri berada sekitar RM7 hingga RM8 seliter, berbanding harga di stesen minyak iaitu RM6.72 seliter yang masih menerima subsidi kerajaan.<\/p>\n<p>Perbezaan ini membuka ruang kepada penyalahgunaan yang boleh menjejaskan bekalan dan kewangan negara.<\/p>\n<p>Tambahnya, kerajaan kini memperhebat operasi pemantauan bagi memastikan ketirisan subsidi dapat dibendung, termasuk membanteras aktiviti penyeludupan bahan api ke luar negara.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan memberi amaran kepada syarikat-syarikat ini supaya menghentikan amalan \u2018channel switching\u2019 atau berdepan tindakan penguatkuasaan,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau turut menghargai peranan rakyat yang membantu melaporkan aktiviti mencurigakan, termasuk kes kenderaan asing mengisi minyak RON95 yang turut disubsidi.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan berterima kasih kepada rakyat yang melaporkan salah laku seperti pengisian RON95 oleh warga asing serta aktiviti mencurigakan di stesen minyak dan sempadan negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu penyelewengan bahan api bukan perkara baharu, terutama ketika negara berdepan tekanan ekonomi global dan ketidaktentuan harga tenaga.<\/p>\n<p>Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah bagi memastikan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak, selain mengelakkan kebocoran yang merugikan negara.<\/p>\n<p>Amir Hamzah menegaskan, kekuatan Malaysia dalam menghadapi cabaran ini bergantung kepada kerjasama semua pihak.<\/p>\n<p>\u201cDalam keadaan dunia yang tidak menentu, kebersamaan dan kesepakatan rakyat menjadi kunci untuk kita terus bertahan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan memberi amaran tegas kepada syarikat korporat dan pemain industri agar tidak mengambil kesempatan membeli diesel bersubsidi di stesen minyak bagi mengurangkan kos operasi mereka. Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, tindakan penguatkuasaan akan dipertingkat terhadap kegiatan dikenali sebagai \u201cchannel switching\u201d, iaitu apabila syarikat yang sepatutnya membeli diesel pada harga pasaran terus daripada pembekal [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5044,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,916,1810,482,296,3610,2288],"authors":[],"class_list":["post-9044","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-diesel","tag-menteri-kewangan-ii","tag-mof","tag-subsidi","tag-subsisdi","tag-syarikat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9044","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9044"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9044\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9045,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9044\/revisions\/9045"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5044"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9044"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9044"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9044"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9044"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}