{"id":9046,"date":"2026-04-10T09:55:03","date_gmt":"2026-04-10T09:55:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9046"},"modified":"2026-04-10T09:56:09","modified_gmt":"2026-04-10T09:56:09","slug":"ngo-buat-laporan-sprm-berhubung-transaksi-rm500-ribu-bekas-menteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ngo-buat-laporan-sprm-berhubung-transaksi-rm500-ribu-bekas-menteri\/","title":{"rendered":"NGO buat laporan SPRM berhubung transaksi RM500 ribu bekas menteri"},"content":{"rendered":"<p>Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan transaksi kewangan berjumlah RM500,000 yang dikaitkan dengan seorang bekas menteri.<\/p>\n<p>Laporan itu dibuat oleh Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR) susulan pendedahan sebuah portal mengenai dakwaan skandal melibatkan mesin layan diri.<\/p>\n<p>Ketua Biro Politik SEKPUR Shahbudin Embon berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menentukan kesahihan dakwaan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKami menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat sama ada benar atau tidak. Itu bidang kuasa mereka,\u201d katanya semasa sidang media di hadapan ibu pejabat SPRM hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, tindakan itu bukan bermotifkan serangan terhadap mana-mana individu, sebaliknya bertujuan memastikan integriti pentadbiran negara terus terpelihara. Katanya, isu berkenaan telah tular dan mencetuskan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cPerkara ini sudah menjadi perbualan umum. Sama ada benar atau tidak, ia perlu disahkan oleh pihak berkuasa supaya tidak terus menimbulkan spekulasi,\u201d jelasnya lagi.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Rafizi Ramli menafikan sekeras-kerasnya dakwaan menerima rasuah RM500,000 daripada pemilik NexG Bhd, Abu Hanifah Noordin, bagi tujuan melanjutkan kontrak syarikat itu pada tahun 2023.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Pandan itu menyifatkan tuduhan yang disiarkan oleh sebuah blog sebagai tidak berasas dan tidak selari dengan garis masa sebenar. Beliau turut menegaskan tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan individu yang dinamakan dalam dakwaan tersebut.<\/p>\n<p>Kes ini kini menjadi perhatian umum, dengan pelbagai pihak menantikan hasil siasatan bagi merungkai kebenaran di sebalik dakwaan yang mencetuskan polemik tersebu<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan transaksi kewangan berjumlah RM500,000 yang dikaitkan dengan seorang bekas menteri. Laporan itu dibuat oleh Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR) susulan pendedahan sebuah portal mengenai dakwaan skandal melibatkan mesin layan diri. Ketua Biro Politik SEKPUR Shahbudin Embon berkata, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9047,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[561,9,8,3612,3611,3613,21],"authors":[],"class_list":["post-9046","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-laporan","tag-pkr","tag-rafizi","tag-sekpur","tag-sekretariat-gerak-gempur-media-sosial-rakyat","tag-shahbudin-embon","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9046","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9046"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9046\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9051,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9046\/revisions\/9051"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9047"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9046"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9046"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9046"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9046"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}