{"id":9053,"date":"2026-04-10T09:59:26","date_gmt":"2026-04-10T09:59:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9053"},"modified":"2026-04-10T09:59:26","modified_gmt":"2026-04-10T09:59:26","slug":"harga-minyak-jadi-perdebatan-akmal-bidas-exco-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/harga-minyak-jadi-perdebatan-akmal-bidas-exco-terengganu\/","title":{"rendered":"Harga minyak jadi perdebatan, Akmal bidas Exco Terengganu"},"content":{"rendered":"<p>Dr Muhamad Akmal Saleh menegur kenyataan Exco Terengganu, Azman Ibrahim berhubung isu kenaikan harga minyak, dengan menegaskan Malaysia tetap terkesan oleh harga pasaran global walaupun mempunyai pengeluaran sendiri.<\/p>\n<p>Ketua Pemuda UMNO itu menjelaskan pengeluaran minyak dalam negara tidak mencukupi untuk menampung keperluan domestik, sekali gus menyebabkan Malaysia bergantung kepada import.<\/p>\n<p>Menurutnya, situasi itu menjadikan harga minyak tempatan terdedah kepada turun naik harga dunia.<\/p>\n<p>\u201cJadi kita perlu import minyak dari luar, maka disebabkan itu kenaikan harga minyak dunia akan mempengaruhi harga minyak di negara kita,\u201d katanya dalam kenyataan di media sosial.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Azman dilaporkan mempertahankan pandangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang menyatakan bahawa harga minyak tidak sepatutnya meningkat kerana Malaysia mempunyai sumber pengeluaran sendiri.<\/p>\n<p>Azman turut menjelaskan terdapat kira-kira 120 pelantar minyak beroperasi di perairan Terengganu, dengan bekalan disalurkan ke loji penapisan di Kerteh melalui paip dasar laut atau kapal tangki.<\/p>\n<p>Namun, Akmal mencabar kenyataan tersebut dan meminta Azman mengemukakan bukti kukuh jika benar pengeluaran minyak negara mencukupi tanpa bergantung kepada pasaran antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cKe YB ada fakta yang lain? Mana tahu YB ada fakta pengeluaran minyak kita lebih pula, boleh kongsi dengan kami semua\u2026 benda betul kita wajib pertahankan, yang salah kita perlu perbetulkan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Perdebatan ini tercetus susulan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mempersoalkan kaitan antara kenaikan harga bahan api dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat, termasuk isu sekatan di Selat Hormuz.<\/p>\n<p>Beliau berpendapat Malaysia tidak seharusnya terkesan secara langsung memandangkan negara mempunyai sumber minyak dan gas sendiri serta hubungan dengan negara pengeluar lain.<\/p>\n<p>Untuk rekod, walaupun Malaysia merupakan pengeluar minyak dan gas, negara ini masih mengimport petroleum bertapis bagi memenuhi permintaan domestik.<\/p>\n<p>Keadaan ini menyebabkan harga bahan api tempatan kekal dipengaruhi oleh pasaran global, termasuk faktor geopolitik dan gangguan bekalan antarabangsa.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dr Muhamad Akmal Saleh menegur kenyataan Exco Terengganu, Azman Ibrahim berhubung isu kenaikan harga minyak, dengan menegaskan Malaysia tetap terkesan oleh harga pasaran global walaupun mempunyai pengeluaran sendiri. Ketua Pemuda UMNO itu menjelaskan pengeluaran minyak dalam negara tidak mencukupi untuk menampung keperluan domestik, sekali gus menyebabkan Malaysia bergantung kepada import. Menurutnya, situasi itu menjadikan harga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3614,3031,2602,75,1127,74,171,146],"authors":[],"class_list":["post-9053","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-azman-ibrahim","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-exco-terengganu","tag-harga","tag-import","tag-minyak","tag-pemuda","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9053","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9053"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9053\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9054,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9053\/revisions\/9054"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9053"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9053"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9053"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9053"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}