{"id":9062,"date":"2026-04-11T05:52:35","date_gmt":"2026-04-11T05:52:35","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9062"},"modified":"2026-04-11T05:52:35","modified_gmt":"2026-04-11T05:52:35","slug":"murid-belajar-bawah-khemah-di-beluran-pm-arah-tindakan-segera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/murid-belajar-bawah-khemah-di-beluran-pm-arah-tindakan-segera\/","title":{"rendered":"Murid belajar bawah khemah di Beluran, PM arah tindakan segera"},"content":{"rendered":"<p>Isu murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya di Beluran, Sabah yang terpaksa belajar di bawah khemah dan di kaki lima masjid mendapat perhatian segera Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Anwar mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri supaya mengambil tindakan pantas bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan menyifatkan keadaan yang dihadapi murid terbabit tidak boleh dibiarkan berlarutan.<\/p>\n<p>\u201cPerkara sebegini cukup mengesankan. Arahan telah diberikan kepada KPM dan ICU untuk penyelesaian segera,\u201d katanya dalam satu hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan kebajikan serta keselesaan pelajar perlu menjadi keutamaan.<\/p>\n<p>\u201cKeselesaan dan kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu mesti diberi perhatian utama dan tindakan segera wajib dilaksanakan,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Isu itu timbul susulan kerosakan sebahagian infrastruktur sekolah yang dikaitkan dengan pergerakan tanah dan keadaan cerun tidak stabil, sekali gus menjejaskan keselamatan bangunan sedia ada.<\/p>\n<p>Keadaan ini memaksa pihak sekolah memindahkan sesi pembelajaran ke lokasi sementara termasuk kawasan masjid berhampiran.<\/p>\n<p>Laporan media tempatan menyebut murid kini mengikuti kelas dalam keadaan serba kekurangan, termasuk terdedah kepada cuaca panas dan hujan.<\/p>\n<p>Situasi itu mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak mengenai keselamatan dan kualiti pembelajaran pelajar di kawasan berkenaan.<\/p>\n<p>Ahli Dewan Undangan Negeri Likas, Tham Yun Fook, turut menggesa pihak berkuasa pendidikan di peringkat negeri dan Persekutuan supaya bertindak segera.<\/p>\n<p>Menurutnya, keadaan semasa jelas tidak sesuai untuk proses pembelajaran.<\/p>\n<p>\u201cKanak-kanak terpaksa belajar di lokasi sementara di masjid, ada yang di laluan, terdedah kepada hujan ketika cuaca basah dan berada di bawah khemah dalam keadaan panas. Keadaan ini amat menyentuh hati,\u201d katanya.<\/p>\n<p>SK Balaban Jaya merupakan antara sekolah luar bandar di Sabah yang berdepan cabaran kemudahan asas sejak sekian lama.<\/p>\n<p>Isu infrastruktur pendidikan di kawasan pedalaman negeri itu sering dibangkitkan, termasuk kekurangan bangunan selamat, akses terhad dan keperluan pembaikan segera.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya di Beluran, Sabah yang terpaksa belajar di bawah khemah dan di kaki lima masjid mendapat perhatian segera Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Anwar mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri supaya mengambil tindakan pantas bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan menyifatkan keadaan yang dihadapi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9063,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,3616,18,102,3615],"authors":[],"class_list":["post-9062","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-bawah-khemah","tag-pmx","tag-sabah","tag-sk-balaban-jaya"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9062","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9062"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9062\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9064,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9062\/revisions\/9064"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9063"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9062"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9062"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9062"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9062"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}