{"id":9083,"date":"2026-04-12T07:51:30","date_gmt":"2026-04-12T07:51:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9083"},"modified":"2026-04-12T07:51:30","modified_gmt":"2026-04-12T07:51:30","slug":"jejak-rm203-juta-dana-skandal-saham-dikesan-ke-luar-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jejak-rm203-juta-dana-skandal-saham-dikesan-ke-luar-negara\/","title":{"rendered":"Jejak RM203 juta: Dana skandal saham dikesan ke luar negara"},"content":{"rendered":"<p>Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap skandal urus niaga saham yang menyebabkan kerugian lebih RM300 juta kepada dana awam kini membawa kepada penemuan aliran wang ke luar negara berjumlah kira-kira RM203.65 juta.<\/p>\n<p>Menurut sumber dipetik laporan portal BH, dana itu dipercayai dipindahkan ke sebuah syarikat pelaburan yang berdaftar di British Virgin Islands (BVI), yang disyaki bertindak sebagai proksi kepada seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun kerajaan.<\/p>\n<p>Lebih mencurigakan, sebahagian daripada wang tersebut dipercayai dilaburkan semula ke dalam syarikat tersenarai di Bursa Malaysia bagi mengaburi jejak kewangan.<\/p>\n<p>\u201cSiasatan turut mendapati kira-kira RM30 juta dilaburkan semula sebagai pelaburan sah bagi menyamarkan aliran wang tersebut,\u201d kata sumber itu, sambil menambah pihak berkuasa masih mengenal pasti pemilik benefisial sebenar.<\/p>\n<p>Siasatan awal juga mendedahkan kemungkinan wujud unsur rasuah dan pengubahan wang haram, termasuk penggunaan akaun penama serta entiti luar pesisir untuk menyembunyikan identiti penerima.<\/p>\n<p>Aliran dana turut dikesan melibatkan enam akaun bank di Singapura dengan transaksi melebihi RM192 juta, selain satu transaksi sekitar RM13 juta di Labuan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, dua akaun bank di Emiriah Arab Bersatu yang dipercayai milik bekas CEO itu turut dikenal pasti, walaupun jumlahnya lebih kecil.<\/p>\n<p>Setakat ini, enam akaun individu bernilai kira-kira RM11 juta telah dibekukan, menjadikan jumlah keseluruhan pembekuan sekitar RM16.8 juta.<\/p>\n<p>Sumber berkata, individu terbabit dipercayai memainkan peranan besar dalam menentukan harga dan terma pembelian saham, selain bertindak sebagai pencadang dan pelulus dalam rundingan tertutup, sekali gus menguasai keseluruhan proses.<\/p>\n<p>Sementara itu, SPRM mengesahkan siasatan masih berjalan dan kini diperluaskan dengan kerjasama pihak berkuasa antarabangsa termasuk di Singapura, BVI, UAE dan Labuan.<\/p>\n<p>Kes ini melibatkan seorang bekas CEO dan pengerusi syarikat yang kini disambung reman bagi membantu siasatan. Kedua-duanya disyaki bersekongkol dalam urus niaga saham yang dinilai tidak munasabah, sehingga menyebabkan kerugian besar kepada dana awam.<\/p>\n<p>Untuk rekod, kes ini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009, yang melibatkan kesalahan rasuah berkaitan suapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap skandal urus niaga saham yang menyebabkan kerugian lebih RM300 juta kepada dana awam kini membawa kepada penemuan aliran wang ke luar negara berjumlah kira-kira RM203.65 juta. Menurut sumber dipetik laporan portal BH, dana itu dipercayai dipindahkan ke sebuah syarikat pelaburan yang berdaftar di British Virgin Islands (BVI), yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":828,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3627,1996,24,477,230,21],"authors":[],"class_list":["post-9083","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-british-virgin-islands","tag-ceo","tag-rasuah","tag-saham","tag-skandal","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9083","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9083"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9083\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9084,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9083\/revisions\/9084"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/828"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9083"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9083"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9083"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9083"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}