{"id":9099,"date":"2026-04-13T04:32:54","date_gmt":"2026-04-13T04:32:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9099"},"modified":"2026-04-13T04:32:54","modified_gmt":"2026-04-13T04:32:54","slug":"bersedia-hadapi-krisis-tenaga-pastikan-rakyat-jangan-panik-saifuddin-nasution","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersedia-hadapi-krisis-tenaga-pastikan-rakyat-jangan-panik-saifuddin-nasution\/","title":{"rendered":"Bersedia hadapi krisis tenaga, pastikan rakyat jangan panik: Saifuddin Nasution"},"content":{"rendered":"<p>Saifuddin Nasution Ismail menegaskan kerajaan kini berdepan cabaran besar dalam memastikan rakyat bersedia menghadapi kemungkinan krisis tenaga global tanpa mencetuskan panik.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri itu berkata pendekatan paling sukar adalah menyampaikan mesej yang seimbang dan telus untuk memberi kesedaran, namun tidak sampai menimbulkan kebimbangan melampau dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cCabaran utama ialah kita nak mempersiapkan rakyat untuk menerima hakikat bahawa tekanan itu akan datang, tetapi kita tak mahu rakyat panik,\u201d katanya semasa berucap sempena Himpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri, pagi ini.<\/p>\n<p>\u201cDalam masa sama, kita juga tak mahu rakyat bersikap lalai seolah-olah keadaan global tidak memberi kesan kepada negara.\u201d<\/p>\n<p>Menurut beliau, kerajaan tidak boleh dilihat mengambil pendekatan biasa ketika risiko gangguan bekalan tenaga dunia semakin meningkat.<\/p>\n<p>Justeru, komunikasi yang berhati-hati dan berterus terang menjadi keutamaan.<\/p>\n<p>Tambahnya, rakyat perlu memahami realiti semasa termasuk kemungkinan kenaikan harga bahan api dan gangguan bekalan, namun tanpa menimbulkan tekanan atau kekeliruan yang tidak perlu.<\/p>\n<p>\u201cSebagai kerajaan bertanggungjawab, kita akan sedaya upaya menjaga kebajikan rakyat supaya impak seperti kenaikan harga minyak atau gangguan bekalan dapat diminimumkan,\u201d jelasnya lagi.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menekankan bahawa kestabilan ekonomi turut menjadi fokus utama kerajaan dalam menghadapi situasi tidak menentu ini.<\/p>\n<p>Ketegangan geopolitik global termasuk konflik di beberapa rantau utama telah memberi tekanan kepada rantaian bekalan tenaga dunia.<\/p>\n<p>Harga minyak mentah dan gas asli yang tidak stabil memberi kesan langsung kepada banyak negara, termasuk Malaysia yang masih bergantung kepada import bagi sebahagian keperluan tenaga.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, kerajaan mengambil pendekatan berperingkat dengan menyalurkan maklumat secara terbuka agar rakyat lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan kita adalah jelas &#8211; kita tidak menafikan risiko, tetapi kita juga tidak mahu menakut-nakutkan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saifuddin Nasution Ismail menegaskan kerajaan kini berdepan cabaran besar dalam memastikan rakyat bersedia menghadapi kemungkinan krisis tenaga global tanpa mencetuskan panik. Menteri Dalam Negeri itu berkata pendekatan paling sukar adalah menyampaikan mesej yang seimbang dan telus untuk memberi kesedaran, namun tidak sampai menimbulkan kebimbangan melampau dalam kalangan masyarakat. \u201cCabaran utama ialah kita nak mempersiapkan rakyat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1149,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[68,582,22,3534,205,583,20],"authors":[],"class_list":["post-9099","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ekonomi","tag-iran","tag-kdn","tag-krisis-tenaga","tag-menteri","tag-perang","tag-saifuddin-nasution-ismail"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9099","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9099"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9099\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9100,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9099\/revisions\/9100"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1149"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9099"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9099"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9099"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9099"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}