{"id":9110,"date":"2026-04-13T06:16:56","date_gmt":"2026-04-13T06:16:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9110"},"modified":"2026-04-13T06:16:56","modified_gmt":"2026-04-13T06:16:56","slug":"kes-pemandu-mabuk-dadah-loke-kata-kerajaan-tak-pertimbang-perkenal-hukuman-mati","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-pemandu-mabuk-dadah-loke-kata-kerajaan-tak-pertimbang-perkenal-hukuman-mati\/","title":{"rendered":"Kes pemandu mabuk, dadah: Loke kata kerajaan tak pertimbang perkenal hukuman mati"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan hukuman mati bagi kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah kerana undang-undang sedia ada dilihat mencukupi untuk menangani kes serius, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kes yang melibatkan kematian boleh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika memenuhi elemen kesalahan bunuh.<\/p>\n<p>Tambahnya, Malaysia juga telah memansuhkan hukuman mati mandatori bagi beberapa kesalahan berat dan tidak berhasrat mengembalikannya.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini kerajaan sudah menghentikan hukuman mati mandatori, jadi perkara ini bukan dalam pertimbangan kami,\u201d katanya selepas menghadiri program keselamatan jalan raya di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology.<\/p>\n<p>Isu hukuman lebih berat timbul susulan cadangan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan yang menyatakan hukuman sedia ada mungkin perlu diperketatkan walaupun pindaan telah dibuat pada 2020.<\/p>\n<p>Cadangan itu dibuat berikutan beberapa kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk, termasuk insiden di Klang pada 29 Mac lalu yang meragut nyawa seorang penghantar makanan.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Loke berkata kerajaan kini memberi fokus kepada pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) bagi memastikan kebajikan keluarga mangsa lebih terjamin, khususnya dari segi pampasan.<\/p>\n<p>\u201cApa yang kita pinda adalah untuk memastikan ada pampasan kepada keluarga mangsa. Jika didapati bersalah, selain hukuman penjara dan denda, pesalah juga bertanggungjawab membayar pampasan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, langkah itu penting kerana pada masa ini keluarga mangsa perlu melalui proses sivil yang panjang, rumit dan memakan kos tinggi untuk menuntut pampasan.<\/p>\n<p>\u201cDaripada mereka perlu mengambil tindakan sivil, kita boleh tambah peruntukan dalam undang-undang supaya pampasan boleh terus diperoleh,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Menurut Loke, pindaan terhadap APJ sedang dirangka bersama Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen Jun ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan hukuman mati bagi kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah kerana undang-undang sedia ada dilihat mencukupi untuk menangani kes serius, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Menurut beliau, kes yang melibatkan kematian boleh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika memenuhi elemen kesalahan bunuh. Tambahnya, Malaysia juga telah memansuhkan hukuman [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2740,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[508,511,749,553,3510,211,1828],"authors":[],"class_list":["post-9110","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anthony-loke","tag-dadah","tag-hukuman-mati","tag-kementerian","tag-mabuk","tag-pemandu","tag-pengangkutan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9110","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9110"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9110\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9111,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9110\/revisions\/9111"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2740"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9110"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9110"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9110"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9110"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}