{"id":9121,"date":"2026-04-13T07:54:20","date_gmt":"2026-04-13T07:54:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9121"},"modified":"2026-04-13T07:54:20","modified_gmt":"2026-04-13T07:54:20","slug":"amk-johor-cadang-tangguh-prn-fokus-bantu-rakyat-hadapi-krisis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-johor-cadang-tangguh-prn-fokus-bantu-rakyat-hadapi-krisis\/","title":{"rendered":"AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis"},"content":{"rendered":"<p>Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor wajar ditangguhkan bagi memberi fokus untuk membantu rkayat dalam berdepan keadaan ekonomi semasa dan ketidaktentuan global yang masih berlarutan, kata Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor.<\/p>\n<p>Ketua AMK negeri, Mohd Faezuddin Puad berkata, tiada keperluan mendesak untuk mengadakan PRN dalam masa terdekat memandangkan rakyat kini berdepan tekanan kos sara hidup serta kesan ketegangan geopolitik dunia, khususnya krisis di Asia Barat.<\/p>\n<p>Menurut beliau, situasi global yang tidak stabil termasuk gangguan rantaian bekalan dan isu tenaga memberi impak langsung kepada kehidupan harian rakyat di negeri ini.<\/p>\n<p>\u201cTatkala dunia masih bergelut dengan ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan tenaga, kita seharusnya lebih peka dan prihatin terhadap kesusahan yang sedang ditanggung rakyat,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau turut menyuarakan kebimbangan jika PRN diadakan dalam keadaan sekarang, kadar keluar mengundi mungkin rendah kerana ramai pengundi terbeban dengan kos perjalanan yang semakin meningkat.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan ini boleh menyebabkan ramai memilih untuk tidak keluar mengundi, sekali gus menimbulkan risiko bahawa mandat yang diperoleh tidak benar-benar mencerminkan suara majoriti rakyat Johor,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Sebagai perbandingan, beliau mengingatkan PRN Johor pada tahun 2022 yang berlangsung ketika pandemik Covid-19 hanya mencatatkan kadar keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus, antara yang terendah dalam sejarah negeri itu.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, AMK Johor mencadangkan agar sebarang perancangan untuk mengadakan PRN ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi dan global kembali stabil.<\/p>\n<p>\u201cBuat masa sekarang, kepentingan rakyat perlu diutamakan berbanding percaturan politik,\u201d tegas beliau.<\/p>\n<p>Terdahulu, timbul spekulasi PRN Johor mungkin diadakan lebih awal tahun ini walaupun tempoh mandat kerajaan negeri hanya akan berakhir pada Mac tahun depan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor wajar ditangguhkan bagi memberi fokus untuk membantu rkayat dalam berdepan keadaan ekonomi semasa dan ketidaktentuan global yang masih berlarutan, kata Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor. Ketua AMK negeri, Mohd Faezuddin Puad berkata, tiada keperluan mendesak untuk mengadakan PRN dalam masa terdekat memandangkan rakyat kini berdepan tekanan kos sara hidup serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7221,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,630,3635,103,1111],"authors":[],"class_list":["post-9121","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-johor","tag-mohd-faezuddin-puad","tag-prn","tag-tangguh"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9121","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9121"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9121\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9122,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9121\/revisions\/9122"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7221"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9121"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9121"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9121"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9121"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}