{"id":9124,"date":"2026-04-13T08:02:23","date_gmt":"2026-04-13T08:02:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9124"},"modified":"2026-04-13T08:02:23","modified_gmt":"2026-04-13T08:02:23","slug":"henti-buat-dakwaan-palsu-malaysia-hantar-diesel-ke-filipina-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/henti-buat-dakwaan-palsu-malaysia-hantar-diesel-ke-filipina-pmx\/","title":{"rendered":"Henti buat dakwaan palsu Malaysia hantar diesel ke Filipina: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menggesa semua pihak menghentikan polemik berhubung dakwaan penghantaran diesel ke Filipina dan menumpukan perhatian kepada usaha memulihkan ekonomi negara yang berdepan cabaran.<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, isu berkenaan sebenarnya melibatkan urus niaga syarikat asing, Vitol, yang beroperasi di Pengerang dan bukan syarikat tempatan.<\/p>\n<p>\u201cIa bukan syarikat Petronas. Mereka memang ada perjanjian menjual minyak ke Filipina. Bukan kita yang memberi minyak, kita hanya membenarkan laluan kerana ia milik pihak dalam perjanjian asing,\u201d katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Madani bersama Pelajar Tahfiz Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan kontroversi tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun ada sedikit kontroversi, saya harap hentikanlah dan tumpu kepada usaha membangunkan negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Isu ini timbul selepas laporan media luar negara mendakwa Malaysia menghantar ratusan ribu tong diesel ke Filipina, sekali gus mencetuskan kritikan daripada pihak tertentu termasuk pembangkang.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, kerajaan dan Petronas sebelum ini telah menafikan sebarang penglibatan dalam penghantaran tersebut, manakala Pasukan Pengurusan Krisis di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara turut mengesahkan diesel berkenaan bukan berasal dari Malaysia.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Anwar meluahkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak yang menurutnya tidak menghargai usaha kerajaan mengekalkan subsidi bahan api.<\/p>\n<p>\u201cPeruntukan subsidi minyak meningkat dengan ketara, tetapi tidak ramai yang berterima kasih,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan subsidi RON95 kini mencecah kira-kira RM5 bilion sebulan berbanding RM700 juta sebelum ini, manakala subsidi diesel meningkat daripada RM2 bilion kepada RM7 bilion sebulan.<\/p>\n<p>\u201cDiesel masih kita subsidi untuk petani, nelayan, pengangkutan awam dan bas sekolah,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Tambah beliau, peningkatan kos subsidi memberi tekanan besar kepada kewangan negara sehingga memaksa beberapa projek besar ditangguhkan.<\/p>\n<p>\u201cJumlah RM7 bilion sebulan itu bukan kecil. Kita terpaksa dahulukan projek yang beri impak terus kepada rakyat,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan bahawa sebarang ketidakpuasan hati boleh disalurkan melalui rundingan, bukan dengan kecaman melampau.<\/p>\n<p>\u201cAda yang terkesan, ya. Mereka boleh buat tuntutan atau runding, tetapi tidak perlu caci maki,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menggesa semua pihak menghentikan polemik berhubung dakwaan penghantaran diesel ke Filipina dan menumpukan perhatian kepada usaha memulihkan ekonomi negara yang berdepan cabaran. Menurut Perdana Menteri, isu berkenaan sebenarnya melibatkan urus niaga syarikat asing, Vitol, yang beroperasi di Pengerang dan bukan syarikat tempatan. \u201cIa bukan syarikat Petronas. Mereka memang ada perjanjian menjual minyak ke [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9125,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,916,1901,3636,645,434,18,296],"authors":[],"class_list":["post-9124","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-diesel","tag-filipina","tag-hantar","tag-harga-minyak","tag-petronas","tag-pmx","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9124","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9124"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9124\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9126,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9124\/revisions\/9126"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9125"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9124"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9124"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9124"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9124"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}