{"id":9140,"date":"2026-04-14T03:49:51","date_gmt":"2026-04-14T03:49:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9140"},"modified":"2026-04-14T03:49:51","modified_gmt":"2026-04-14T03:49:51","slug":"krisis-tenaga-sultan-nazrin-bertitah-gesa-seluruh-rakyat-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/krisis-tenaga-sultan-nazrin-bertitah-gesa-seluruh-rakyat-bersatu\/","title":{"rendered":"Krisis tenaga: Sultan Nazrin bertitah gesa seluruh rakyat bersatu"},"content":{"rendered":"<p>Negara perlu bersiap siaga menghadapi kesan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, dengan kerajaan dan rakyat diseru untuk bertindak secara bersatu dan berstrategi.<\/p>\n<p>Sultan Nazrin Shah bertitah konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran bukan sekadar persaingan geopolitik, sebaliknya memberi kesan meluas terhadap kestabilan serantau, ekonomi dunia serta kesejahteraan sejagat.<\/p>\n<p>Baginda menyifatkan situasi ini sebagai \u201cloceng amaran\u201d yang menuntut tindakan segera dan menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cKekuatan ekonomi domestik mesti diperkukuhkan, keselamatan makanan dipastikan, kestabilan kewangan dijaga dan perpaduan rakyat dipelihara supaya negara tidak mudah terpengaruh dengan sentimen dan sensasi,\u201d titah baginda ketika merasmikan pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.<\/p>\n<p>Menurut baginda, rakyat turut memainkan peranan penting dengan mengamalkan sikap berjimat cermat serta mengurangkan penggunaan bahan api bagi membantu mengurangkan beban subsidi kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cRakyat perlu menghayati semangat \u2018berat sama dipikul\u2019, \u2018gunung sama didaki\u2019 dalam menghadapi cabaran ini,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Pada masa sama, baginda menegaskan kepentingan komunikasi yang jelas dan berkesan supaya rakyat memahami punca serta kesan krisis terhadap kehidupan harian mereka.<\/p>\n<p>Baginda juga mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil kesempatan terhadap situasi semasa untuk kepentingan politik sempit.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan dan pembangkang, bersama pemimpin masyarakat dan sektor swasta, hendaklah mencari titik persamaan dan bekerjasama menangani krisis ekonomi yang bakal melanda,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Mengulas langkah jangka panjang, baginda menekankan keperluan mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan hidro, serta menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik.<\/p>\n<p>\u201cPelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui bukan lagi pilihan, sebaliknya satu keperluan strategik,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Dari sudut ekonomi, baginda menjelaskan konflik berpotensi memberi kesan besar kepada Malaysia, termasuk kenaikan kos logistik, tekanan inflasi dan ketidaktentuan pasaran.<\/p>\n<p>\u201cTiada satu pun negara dapat terlepas daripada tempiasnya,\u201d titah baginda, sambil menambah tempoh konflik akan menentukan sejauh mana impaknya terhadap ekonomi negara.<\/p>\n<p>Krisis ini, menurut baginda, menuntut kesiapsiagaan menyeluruh agar negara kekal berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Negara perlu bersiap siaga menghadapi kesan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, dengan kerajaan dan rakyat diseru untuk bertindak secara bersatu dan berstrategi. Sultan Nazrin Shah bertitah konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran bukan sekadar persaingan geopolitik, sebaliknya memberi kesan meluas terhadap kestabilan serantau, ekonomi dunia serta kesejahteraan sejagat. Baginda menyifatkan situasi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4868,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3639,582,585,74,1513,3468],"authors":[],"class_list":["post-9140","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dun-perang","tag-iran","tag-krisis","tag-minyak","tag-sultan-nazrin-shah","tag-tenaga"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9140","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9140"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9140\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9141,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9140\/revisions\/9141"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9140"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9140"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9140"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9140"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}