{"id":9194,"date":"2026-04-15T07:33:12","date_gmt":"2026-04-15T07:33:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9194"},"modified":"2026-04-15T07:33:12","modified_gmt":"2026-04-15T07:33:12","slug":"puad-sokong-prn-johor-diadakan-lebih-awal-yakin-umno-bn-berpeluang-cerah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/puad-sokong-prn-johor-diadakan-lebih-awal-yakin-umno-bn-berpeluang-cerah\/","title":{"rendered":"Puad sokong PRN Johor diadakan lebih awal, yakin UMNO-BN berpeluang cerah"},"content":{"rendered":"<p>Johor tidak mahu terheret dengan polemik politik di peringkat pusat sehingga menjejaskan kestabilan negeri, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Puad Zarkashi.<\/p>\n<p>Menurut Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Teringgi UMNO, cadangan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal bukan bermakna kerajaan negeri tidak peka terhadap kesusahan rakyat, sebaliknya bertujuan melindungi momentum positif yang sedang dinikmati Johor.<\/p>\n<p>\u201cKalau Johor mengadakan PRN lebih awal bukan kerana tidak prihatin dengan beban rakyat, tetapi tidak mahu terpalit dengan masalah orang lain. Biar Johor dengan caranya sendiri membela rakyat,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Puad turut menyentuh situasi politik semasa di peringkat pusat yang menurutnya semakin tegang, termasuk perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cSemua tahu Perdana Menteri menjadi defensif bukan sahaja soal dasar dan janji, tetapi juga konflik dalaman yang semakin ketara,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan langkah mengadakan pilihan raya lebih awal bukan perkara luar biasa kerana ia sebahagian daripada strategi politik bagi memastikan kemenangan dan pembentukan kerajaan yang stabil.<\/p>\n<p>\u201cTujuan pilihan raya diadakan pada tarikh tertentu adalah taktikal untuk menang. Jika kemenangan itu membawa kepada kerajaan yang lebih stabil dan kuat, apa salahnya PRN diawalkan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Mengimbas kembali PRN Johor pada Mac 2022, Puad berkata keputusan tersebut telah menghasilkan kerajaan negeri yang kukuh, sekali gus menyumbang kepada prestasi ekonomi yang memberangsangkan.<\/p>\n<p>\u201cPelaburan Johor mencecah RM120 bilion pada 2025, manakala hasil negeri meningkat kepada RM2.5 bilion. Semua ini dipulangkan kepada rakyat melalui Bantuan Kasih Johor untuk meringankan beban,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, inisiatif Bantuan Kasih Johor kini memasuki fasa keempat dan diperluaskan kepada lebih ramai golongan termasuk suri rumah, penggali kubur serta warga emas.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Johor juga menjadi negeri pertama yang memberikan bantuan RM500 kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu, termasuk guru, anggota polis, tentera dan jururawat.<\/p>\n<p>Langkah-langkah ini, menurut Puad, menjadi bukti jelas pendekatan Johor memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat sambil memastikan kestabilan politik terus terpelihara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Johor tidak mahu terheret dengan polemik politik di peringkat pusat sehingga menjejaskan kestabilan negeri, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Puad Zarkashi. Menurut Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Teringgi UMNO, cadangan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal bukan bermakna kerajaan negeri tidak peka terhadap kesusahan rakyat, sebaliknya bertujuan melindungi momentum positif yang sedang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1583,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[630,1121,633,103,359,1394,3650],"authors":[],"class_list":["post-9194","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-johor","tag-negeri","tag-pilihan-raya","tag-prn","tag-puad-zarkashi","tag-spr","tag-umno-bn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9194","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9194"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9194\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9195,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9194\/revisions\/9195"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9194"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9194"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9194"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9194"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}