{"id":9211,"date":"2026-04-15T10:24:20","date_gmt":"2026-04-15T10:24:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9211"},"modified":"2026-04-15T10:24:20","modified_gmt":"2026-04-15T10:24:20","slug":"diesel-diterima-filipina-bukan-dari-perut-bumi-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/diesel-diterima-filipina-bukan-dari-perut-bumi-malaysia\/","title":{"rendered":"Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan menegaskan penghantaran diesel ke Filipina yang tular sebelum ini bukan berasal daripada sumber petroleum Malaysia, sekali gus menepis kekeliruan yang berlegar dalam kalangan rakyat.<\/p>\n<p>Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil berkata, sebanyak kira-kira 329,000 tong atau 52.3 juta liter diesel yang dilaporkan dihantar ke negara itu bukanlah minyak yang digali dari telaga tempatan.<\/p>\n<p>\u201cMinyak yang sampai ke Filipina itu bukan minyak dari perut bumi Malaysia. Disahkan,\u201d katanya semasa sidang media hari ini.<\/p>\n<p>Isu berkenaan menjadi perhatian ketika negara berdepan tekanan kos tenaga susulan ketidaktentuan pasaran global yang dipengaruhi konflik di Asia Barat.<\/p>\n<p>Dalam situasi ini, sebarang laporan mengenai eksport bahan api mudah mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap bekalan domestik.<\/p>\n<p>Laporan media Filipina sebelum ini menyebut penghantaran diesel dari Malaysia bertujuan menambah stok bahan api negara itu, sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh keselamatan tenaga.<\/p>\n<p>Ia turut dikaitkan dengan penghantaran terdahulu dari Jepun pada akhir Mac.<\/p>\n<p>Namun, Fahmi menjelaskan dakwaan kerajaan Malaysia mengeksport diesel tersebut adalah tidak tepat.<\/p>\n<p>Menurutnya, kekeliruan timbul akibat salah faham berkaitan pergerakan kapal di perairan Johor, yang sering menjadi laluan utama perdagangan minyak serantau.<\/p>\n<p>Beliau menambah, bekalan diesel itu tidak diproses oleh Petronas atau mana-mana syarikat tempatan.<\/p>\n<p>Sebaliknya, ia dimiliki dan dijual oleh syarikat perdagangan minyak berpangkalan di Singapura, Vitol.<\/p>\n<p>\u201cPenjelasan daripada Petronas dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara mengesahkan minyak itu bukan milik Malaysia,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Malaysia merupakan antara hab penting perdagangan minyak di Asia Tenggara, khususnya di kawasan Selat Melaka dan Johor, yang menyaksikan aktiviti pemindahan kargo antara kapal secara kerap.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan menegaskan penghantaran diesel ke Filipina yang tular sebelum ini bukan berasal daripada sumber petroleum Malaysia, sekali gus menepis kekeliruan yang berlegar dalam kalangan rakyat. Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil berkata, sebanyak kira-kira 329,000 tong atau 52.3 juta liter diesel yang dilaporkan dihantar ke negara itu bukanlah minyak yang digali dari telaga tempatan. \u201cMinyak yang sampai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9091,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[916,49,1901,74,1983,3645],"authors":[],"class_list":["post-9211","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-diesel","tag-fahmi-fadzil","tag-filipina","tag-minyak","tag-singapura","tag-vitol"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9211","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9211"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9211\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9212,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9211\/revisions\/9212"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9211"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9211"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9211"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9211"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}