{"id":9226,"date":"2026-04-16T06:45:09","date_gmt":"2026-04-16T06:45:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9226"},"modified":"2026-04-16T06:45:09","modified_gmt":"2026-04-16T06:45:09","slug":"ketua-bersatu-pahang-ditamatkan-khidmat-didakwa-sokong-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ketua-bersatu-pahang-ditamatkan-khidmat-didakwa-sokong-hamzah\/","title":{"rendered":"Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Rompin, Abdul Khalib Abdullah mengesahkan tidak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang selepas menerima surat penamatan khidmatnya daripada pejabat presiden parti.<\/p>\n<p>Menurutnya, surat berkenaan diterima pada 7 April lalu, namun penamatan jawatan itu berkuat kuasa lebih awal iaitu pada 10 Mac 2026.<\/p>\n<p>\u201cYa, saya menerima surat penamatan sebagai Ketua Bersatu Pahang. Berdasarkan surat tersebut, penamatan berkuat kuasa pada 10 Mac,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Abdul Khalib yang dilantik ke jawatan itu pada Februari 2025 bagi menggantikan Saifuddin Abdullah, berkata beliau menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.<\/p>\n<p>Katanya, pelantikan dan penamatan jawatan merupakan hak presiden parti.<\/p>\n<p>\u201cPelantikan ini adalah hak prerogatif presiden, jadi beliau berhak menentukan siapa yang sesuai memegang jawatan tersebut,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Perkembangan ini berlaku dalam suasana dalaman Bersatu yang dilihat bergolak selepas pemecatan bekas timbalan presiden parti, Hamzah Zainudin pada 16 Februari lalu atas dakwaan melanggar perlembagaan parti.<\/p>\n<p>Abdul Khalib sebelum ini turut dinamakan antara beberapa ahli parlimen yang dikatakan menyatakan sokongan kepada Hamzah.<\/p>\n<p>Mengulas perkara itu, Abdul Khalib tidak menolak kemungkinan pendiriannya menjadi faktor kepada penamatan jawatannya.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak menafikan kemungkinan itu, tetapi saya tetap menghormati keputusan parti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Walaupun tidak lagi mengetuai Bersatu Pahang, beliau menegaskan statusnya sebagai ahli parti tidak terjejas.<\/p>\n<p>\u201cSaya masih ahli Bersatu, tidak dipecat. Cuma tidak lagi memegang jawatan ketua negeri,\u201d katanya sambil menambah situasi itu tidak menjejaskan kedudukan Perikatan Nasional (PN) di Pahang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Rompin, Abdul Khalib Abdullah mengesahkan tidak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang selepas menerima surat penamatan khidmatnya daripada pejabat presiden parti. Menurutnya, surat berkenaan diterima pada 7 April lalu, namun penamatan jawatan itu berkuat kuasa lebih awal iaitu pada 10 Mac 2026. \u201cYa, saya menerima surat penamatan sebagai Ketua Bersatu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9227,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3656,3655,73,1035,972,276],"authors":[],"class_list":["post-9226","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-khalib-abdullah","tag-ahli-parlimen-rompin","tag-bersatu","tag-hamzah-zainuddin","tag-pahang","tag-pecat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9226","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9226"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9226\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9228,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9226\/revisions\/9228"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9227"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9226"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9226"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9226"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9226"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}