{"id":9273,"date":"2026-04-17T08:02:00","date_gmt":"2026-04-17T08:02:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9273"},"modified":"2026-04-17T08:02:00","modified_gmt":"2026-04-17T08:02:00","slug":"kapal-minyak-malaysia-hampiri-perairan-negara-dari-selat-hormuz-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kapal-minyak-malaysia-hampiri-perairan-negara-dari-selat-hormuz-pmx\/","title":{"rendered":"Kapal minyak Malaysia hampiri perairan negara dari Selat Hormuz: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Sebuah kapal Malaysia yang membawa bahan api dari Selat Hormuz kini dilaporkan hampir memasuki perairan negara, ketika kerajaan terus memantau pergerakan beberapa lagi kapal di laluan strategik itu.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, daripada tujuh kapal yang mendapat kelulusan untuk melalui selat tersebut, dua daripadanya telah berjaya melepasi laluan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSatu dah sampai, satu hampir sampai dan masuk dalam perairan Malaysia. Yang lain kita masih pantau walaupun sudah melepasi kawasan itu,\u201d katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Cyberjaya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, sebuah kapal lagi mengalami kerosakan teknikal dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di kawasan tersebut, sekali gus menimbulkan sedikit gangguan kepada operasi keseluruhan.<\/p>\n<p>Selat Hormuz merupakan laluan penting bagi perdagangan minyak dunia, menghubungkan negara-negara pengeluar utama di Timur Tengah dengan pasaran global.<\/p>\n<p>Ketegangan geopolitik di kawasan itu sering memberi kesan langsung kepada bekalan tenaga antarabangsa, termasuk Malaysia yang bergantung kepada kestabilan laluan tersebut.<\/p>\n<p>Mengulas dakwaan bahawa Malaysia merancang menjual minyak kepada negara lain, Anwar menegaskan keutamaan kerajaan adalah memenuhi keperluan domestik.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak mampu bekalkan diesel kepada pihak luar kerana keutamaan adalah kepada rakyat. Jika ada lebihan, barulah kita pertimbangkan,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menerangkan hubungan perdagangan Malaysia dengan negara rakan adalah berasaskan keperluan bersama.<\/p>\n<p>Sebagai contoh, Malaysia memerlukan fosfat dari Australia, manakala negara itu pula memerlukan bekalan urea dari Malaysia.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Anwar memaklumkan beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Australia mengenai keperluan strategik kedua-dua negara.<\/p>\n<p>Selain itu, Presiden Perancis Emmanuel Macron, turut menghubungi beliau bagi mengajak Malaysia menyertai sidang khas bersama United Kingdom berhubung isu keselamatan di Selat Hormuz.<\/p>\n<p>Malaysia bagaimanapun akan diwakili oleh Menteri Luar dalam sidang tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKita menyokong kebebasan laluan perairan antarabangsa, tetapi pada masa sama mengambil kira hak semua pihak termasuk Iran serta kebimbangan terhadap tindakan pihak lain,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebuah kapal Malaysia yang membawa bahan api dari Selat Hormuz kini dilaporkan hampir memasuki perairan negara, ketika kerajaan terus memantau pergerakan beberapa lagi kapal di laluan strategik itu. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, daripada tujuh kapal yang mendapat kelulusan untuk melalui selat tersebut, dua daripadanya telah berjaya melepasi laluan berkenaan. \u201cSatu dah sampai, satu hampir [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8623,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,3423,1904,74,3476,3571],"authors":[],"class_list":["post-9273","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-bekalan","tag-kapal","tag-minyak","tag-selat-hormuz","tag-tangki"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9273","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9273"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9273\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9274,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9273\/revisions\/9274"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8623"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9273"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9273"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9273"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9273"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}