{"id":9309,"date":"2026-04-18T09:57:49","date_gmt":"2026-04-18T09:57:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9309"},"modified":"2026-04-18T09:57:49","modified_gmt":"2026-04-18T09:57:49","slug":"adun-pas-minta-mb-perlis-jelaskan-sebab-tangguh-sidang-dun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/adun-pas-minta-mb-perlis-jelaskan-sebab-tangguh-sidang-dun\/","title":{"rendered":"ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN"},"content":{"rendered":"<p>Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Perlis memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Abu Bakar Hamzah, untuk menjelaskan sebab penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual berlangsung bulan ini.<\/p>\n<p>ADUN Sanglang Mohd Shukri Ramli berkata, keputusan menangguhkan sidang tersebut amat mengecewakan kerana masih banyak isu tertunggak yang memerlukan penjelasan kerajaan negeri, termasuk hal berkaitan pelaburan, geran tanah dan pentadbiran pihak berkuasa tempatan.<\/p>\n<p>\u201cPenangguhan ini dibuat ketika banyak perkara penting belum dijawab. Kami beri tempoh seminggu untuk Menteri Besar menjelaskan keadaan sebenar,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Menurut beliau, notis asal sidang DUN diterima pada 9 April, menetapkan persidangan berlangsung dari 21 hingga 23 April, namun pembatalan hanya dimaklumkan pada saat akhir tanpa tarikh baharu ditetapkan.<\/p>\n<p>Mohd Shukri turut meluahkan kekesalan peribadi kerana telah menangguhkan jadual menunaikan haji bagi menghadiri sidang berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya sudah ubah penerbangan ke Tanah Suci demi sidang DUN, tetapi tiba-tiba ia ditangguhkan. Ini sesuatu yang amat dikesali,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan penangguhan itu dianggap luar biasa kerana tiada sebarang situasi kecemasan seperti bencana alam, kematian atau wabak penyakit yang boleh dijadikan alasan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Mohd Shukri berkata keputusan tersebut tidak dibincangkan bersama enam ADUN PAS, walaupun mereka merupakan tulang belakang kepada kestabilan kerajaan negeri ketika ini.<\/p>\n<p>\u201cSebagai ketua kerajaan, beliau perlu yakin dengan sokongan kami dan bukannya bertindak tanpa perbincangan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, kemelut politik Perlis sebelum ini menyaksikan Mohd Shukri digantikan sebagai Menteri Besar selepas beberapa ADUN hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.<\/p>\n<p>Abu Bakar kemudiannya dilantik mengambil alih jawatan tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Perlis memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Abu Bakar Hamzah, untuk menjelaskan sebab penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual berlangsung bulan ini. ADUN Sanglang Mohd Shukri Ramli berkata, keputusan menangguhkan sidang tersebut amat mengecewakan kerana masih banyak isu tertunggak yang memerlukan penjelasan kerajaan negeri, termasuk hal [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6299,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2787,356,408,2110,126,2177,3673],"authors":[],"class_list":["post-9309","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abu-bakar-hamzah","tag-adun","tag-menteri-besar","tag-mohd-shukri-ramli","tag-pas","tag-perlis","tag-sidang-dun"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9309","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9309"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9309\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9310,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9309\/revisions\/9310"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6299"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9309"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9309"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9309"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9309"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}