{"id":9317,"date":"2026-04-18T10:22:05","date_gmt":"2026-04-18T10:22:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9317"},"modified":"2026-04-18T10:22:05","modified_gmt":"2026-04-18T10:22:05","slug":"khairy-kembali-umno-sebab-nak-bertanding-kerusi-pilihan-raya-saja-rafizi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/khairy-kembali-umno-sebab-nak-bertanding-kerusi-pilihan-raya-saja-rafizi\/","title":{"rendered":"Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, mempersoalkan langkah Khairy Jamaluddin kembali menyertai UMNO dengan menyifatkan bekas ketua pemuda parti itu lebih mementingkan platform politik berbanding kesetiaan kepada mana-mana gabungan.<\/p>\n<p>Menurut Rafizi, sama ada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bukan faktor utama bagi Khairy, sebaliknya peluang untuk menang dan mendapatkan sokongan menjadi keutamaan.<\/p>\n<p>\u201cBagi beliau, BN atau PN tidak penting, asalkan ada pihak yang sanggup mengangkat dan mempromosikannya. Jika ada peluang untuk menang, di situlah beliau akan pergi,\u201d katanya dalam podcast Yang Berhenti Menteri.<\/p>\n<p>Rafizi turut menambah dua perkara utama yang menjadi pertimbangan Khairy ialah peluang memperoleh kuasa serta kewujudan pihak yang boleh membantu menaikkan profilnya dalam politik.<\/p>\n<p>Kenyataan itu hadir selepas UMNO mengumumkan kemasukan semula 6,252 bekas ahli dan pemimpin yang sebelum ini dipecat, digantung atau keluar parti secara sukarela.<\/p>\n<p>Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).<\/p>\n<p>Selain Khairy, antara nama besar yang diterima kembali termasuk Hishammuddin Hussein dan Syed Hamid Albar.<\/p>\n<p>Perkembangan ini dilihat sebagai sebahagian usaha UMNO memperkukuh kedudukan menjelang pilihan raya akan datang selepas prestasi merosot dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.<\/p>\n<p>Dalam reaksi balas, Khairy menerusi Facebook menyatakan penghargaan kepada kepimpinan parti atas peluang kembali selepas empat tahun.<\/p>\n<p>\u201cSaya kembali bukan dengan sebarang tuntutan, tetapi dengan tekad untuk berkhidmat dan menyumbang sebaik mungkin demi memperkukuh UMNO,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, mempersoalkan langkah Khairy Jamaluddin kembali menyertai UMNO dengan menyifatkan bekas ketua pemuda parti itu lebih mementingkan platform politik berbanding kesetiaan kepada mana-mana gabungan. Menurut Rafizi, sama ada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bukan faktor utama bagi Khairy, sebaliknya peluang untuk menang dan mendapatkan sokongan menjadi keutamaan. \u201cBagi beliau, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3310,100,326,633,9,8,146],"authors":[],"class_list":["post-9317","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bertanding","tag-kerusi","tag-khairy-jamaluddin","tag-pilihan-raya","tag-pkr","tag-rafizi","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9317","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9317"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9317\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9318,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9317\/revisions\/9318"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9317"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9317"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9317"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9317"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}