{"id":9408,"date":"2026-04-21T04:21:31","date_gmt":"2026-04-21T04:21:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9408"},"modified":"2026-04-21T04:21:31","modified_gmt":"2026-04-21T04:21:31","slug":"konflik-asia-barat-perlu-dihentikan-elak-kesan-ekonomi-melarat-sultan-nazrin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/konflik-asia-barat-perlu-dihentikan-elak-kesan-ekonomi-melarat-sultan-nazrin\/","title":{"rendered":"Konflik Asia Barat perlu dihentikan, elak kesan ekonomi melarat: Sultan Nazrin"},"content":{"rendered":"<p>Konflik yang berlarutan di Asia Barat perlu dihentikan segera bagi mengelakkan tekanan ekonomi yang semakin membebankan negara ASEAN serta ekonomi global.<\/p>\n<p>Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, ketegangan di rantau itu khususnya gangguan di Selat Hormuz telah menjejaskan rantaian bekalan tenaga dunia, sekali gus memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi serantau.<\/p>\n<p>\u201cPeningkatan mendadak harga tenaga, baja dan pengangkutan sedang menaikkan harga makanan, meningkatkan kos pengeluaran dan pengedaran serta memacu inflasi,\u201d titah baginda ketika menyampaikan ucaptama di Forum Putrajaya ke-8 yang berlangsung sempena Defence Services Asia (DSA) 2026 dan NATSEC 2026 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).<\/p>\n<p>Baginda turut mengingatkan negara yang mempunyai rizab tenaga rendah berdepan risiko lebih besar sekiranya gangguan berpanjangan terus berlaku.<\/p>\n<p>Keadaan itu boleh menjejaskan pendapatan rakyat walaupun situasi kembali stabil dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, rundingan damai perlu disegerakan dan mencapai penyelesaian yang berkesan,\u201d titah baginda lagi.<\/p>\n<p>Selat Hormuz kekal sebagai laluan minyak paling kritikal di dunia, menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman.<\/p>\n<p>Dianggarkan antara 20 hingga 30 peratus bekalan minyak global melalui laluan tersebut setiap hari, menjadikannya nadi utama perdagangan tenaga antarabangsa.<\/p>\n<p>Menurut laporan Agence France-Presse, satu delegasi dari Amerika Syarikat dijangka ke Pakistan bagi menyambung rundingan dengan Iran selepas pembukaan sementara selat itu semasa gencatan senjata selama 10 hari.<\/p>\n<p>Namun, usaha tersebut berdepan cabaran apabila kedua-dua pihak masih mengenakan sekatan, manakala Tehran bertindak menutup semula laluan itu susulan serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran sejak 28 Februari lalu.<\/p>\n<p>Sejak insiden itu, pergerakan kapal melalui Selat Hormuz yang biasanya membawa hampir satu perlima bekalan minyak dan gas dunia dilaporkan merosot dengan ketara, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kestabilan pasaran tenaga global.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Konflik yang berlarutan di Asia Barat perlu dihentikan segera bagi mengelakkan tekanan ekonomi yang semakin membebankan negara ASEAN serta ekonomi global. Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, ketegangan di rantau itu khususnya gangguan di Selat Hormuz telah menjejaskan rantaian bekalan tenaga dunia, sekali gus memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi serantau. \u201cPeningkatan mendadak harga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4868,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[637,582,294,74,52,583,3476,3701],"authors":[],"class_list":["post-9408","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asia-barat","tag-iran","tag-konflik","tag-minyak","tag-perak","tag-perang","tag-selat-hormuz","tag-sultan-nazrin-muizzuddin-shah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9408","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9408"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9408\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9409,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9408\/revisions\/9409"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9408"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9408"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9408"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9408"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}