{"id":9432,"date":"2026-04-21T23:46:41","date_gmt":"2026-04-21T23:46:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9432"},"modified":"2026-04-21T23:46:41","modified_gmt":"2026-04-21T23:46:41","slug":"krisis-bekalan-global-tekan-kos-harian-rakyat-menteri-ekonomi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/krisis-bekalan-global-tekan-kos-harian-rakyat-menteri-ekonomi\/","title":{"rendered":"Krisis bekalan global tekan kos harian rakyat: Menteri Ekonomi"},"content":{"rendered":"<p>Kesan krisis bekalan global kini semakin dirasai apabila kos pengangkutan, logistik dan harga barang harian menunjukkan peningkatan ketara, sekali gus memberi tekanan kepada perbelanjaan rakyat.<\/p>\n<p>Menteri Ekonomi,Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, negara sedang memasuki fasa penyesuaian kos yang lebih jelas susulan gangguan rantaian bekalan dunia yang berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Krisis tersebut berpunca daripada ketidaktentuan geopolitik, perubahan iklim serta peningkatan kos tenaga yang memberi kesan berantai kepada ekonomi global.<\/p>\n<p>\u201cHasil pemantauan menunjukkan pergerakan harga adalah bercampur dan tidak seragam antara kategori. Ia dipengaruhi faktor seperti cuaca, kos input pertanian, kos pengangkutan serta turun naik bekalan jangka pendek,\u201d katanya dalam satu taklimat khas.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, bagi tempoh 13 hingga 19 April lalu, harga ayam standard meningkat 2.8 peratus kepada RM9.33 sekilogram, manakala harga daging lembu menurun kepada RM35.65 sekilogram.<\/p>\n<p>Harga telur Gred C pula kekal stabil pada RM3.66 bagi 10 biji.<\/p>\n<p>Dalam kategori lain, harga ikan kembung mencatat penurunan kepada RM16.43 sekilogram, sementara sayur-sayuran menunjukkan trend berbeza apabila harga sawi meningkat kepada RM6.21 sekilogram, dan bayam hijau kekal tidak berubah.<\/p>\n<p>Menurut beliau, peningkatan kos tenaga turut menjadi faktor utama tekanan harga apabila purata harga diesel di Semenanjung meningkat kepada RM4.09 seliter berbanding RM2.98 sebelum ini, manakala RON97 naik kepada RM4.01 seliter.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan perlu bertindak pantas dan tepat berdasarkan data semasa bagi mengurangkan kesan kepada rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas pasaran buruh, beliau berkata keadaan masih terkawal buat masa ini, namun perlu dipantau rapi.<\/p>\n<p>Seramai 4,708 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan dalam tempoh 16 hari pertama April 2026 berdasarkan data Sistem Insurans Pekerjaan oleh PERKESO.<\/p>\n<p>\u201cPengalaman lalu menunjukkan kesan kenaikan kos tenaga terhadap pekerjaan biasanya berlaku dengan sedikit kelewatan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Beliau menambah, suku kedua tahun ini akan menjadi penentu penting sama ada tekanan kos yang dihadapi syarikat akan membawa kepada pengurangan operasi atau tenaga kerja.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kesan krisis bekalan global kini semakin dirasai apabila kos pengangkutan, logistik dan harga barang harian menunjukkan peningkatan ketara, sekali gus memberi tekanan kepada perbelanjaan rakyat. Menteri Ekonomi,Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, negara sedang memasuki fasa penyesuaian kos yang lebih jelas susulan gangguan rantaian bekalan dunia yang berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Krisis tersebut berpunca [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9382,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3368,1763,675,674,582,585,173,860],"authors":[],"class_list":["post-9432","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akmal-nasrullah-mohd-nasir","tag-global","tag-harga-barang","tag-inflasi","tag-iran","tag-krisis","tag-menteri-ekonomi","tag-pekerjaan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9432","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9432"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9432\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9433,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9432\/revisions\/9433"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9382"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9432"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9432"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9432"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9432"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}