{"id":9434,"date":"2026-04-21T23:56:42","date_gmt":"2026-04-21T23:56:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9434"},"modified":"2026-04-21T23:56:42","modified_gmt":"2026-04-21T23:56:42","slug":"bekas-menteri-dikritik-isu-kontrak-pekerja-asing-kenapa-baharu-sekarang-bersuara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bekas-menteri-dikritik-isu-kontrak-pekerja-asing-kenapa-baharu-sekarang-bersuara\/","title":{"rendered":"Bekas menteri dikritik isu kontrak pekerja asing, kenapa baharu sekarang bersuara?"},"content":{"rendered":"<p>Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Aizuddin Abd Gaffal mempersoalkan tindakan dua Ahli Parlimen, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, yang kini lantang mengkritik lanjutan kontrak Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS).<\/p>\n<p>Aizuddin menegaskan keputusan melanjutkan kontrak tersebut sehingga 2031 sebenarnya telah diluluskan pada 24 Jun 2024 di bawah Kementerian Dalam Negeri, ketika kedua-dua pemimpin itu masih menganggotai Kabinet.<\/p>\n<p>\u201cPada ketika itu, mereka mempunyai kuasa, akses kepada maklumat serta tanggungjawab kolektif dalam membuat keputusan.<\/p>\n<p>\u201cJika benar terdapat kelemahan serius, mengapa perkara ini tidak dibangkitkan ketika mereka masih menjadi menteri?\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Isu FWCMS kembali menjadi perhatian selepas beberapa pihak mempersoalkan keberkesanan sistem tersebut, termasuk potensi pertindihan dengan sistem baharu, National Integrated Immigration System (NIISe).<\/p>\n<p>Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini turut menimbulkan kebimbangan berkaitan pelaksanaannya.<\/p>\n<p>Aizuddin berkata, sikap berdiam diri ketika memegang kuasa tetapi bersuara lantang selepas tidak lagi berada dalam pentadbiran menimbulkan persoalan mengenai konsistensi dan keikhlasan politik.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan sekadar perbezaan pandangan, tetapi soal kejujuran. Bagaimana sesuatu yang diluluskan ketika mereka berada dalam Kabinet kini menjadi sasaran kritikan mereka sendiri?\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kerajaan tetap komited untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13.<\/p>\n<p>Namun, realiti semasa memerlukan pendekatan pragmatik bagi memastikan keperluan industri terus dipenuhi.<\/p>\n<p>Beliau turut menekankan sektor seperti perladangan dan perkilangan masih bergantung kepada tenaga kerja asing, selain keperluan melindungi pekerja daripada isu seperti beban hutang pekerjaan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Aizuddin menegaskan sebarang cadangan sistem baharu masih dalam peringkat penilaian dan belum dimuktamadkan.<\/p>\n<p>\u201cTiada keputusan akhir atau pelantikan dibuat setakat ini. Segala pertimbangan sedang dilaksanakan secara teliti demi kepentingan negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan agar semua pihak tidak memainkan persepsi yang boleh mengelirukan rakyat, sebaliknya menilai isu berdasarkan fakta dan keperluan ekonomi semasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Aizuddin Abd Gaffal mempersoalkan tindakan dua Ahli Parlimen, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, yang kini lantang mengkritik lanjutan kontrak Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS). Aizuddin menegaskan keputusan melanjutkan kontrak tersebut sehingga 2031 sebenarnya telah diluluskan pada 24 Jun 2024 di bawah Kementerian Dalam Negeri, ketika kedua-dua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":226,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3713,3712,235,22,208,8,3711],"authors":[],"class_list":["post-9434","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aizuddin-abd-gaffal","tag-fwcms","tag-kabinet","tag-kdn","tag-nik-nazmi","tag-rafizi","tag-sistem-pengurusan-berpusat-pekerja-asing"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9434","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9434"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9434\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9435,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9434\/revisions\/9435"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/226"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9434"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9434"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9434"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9434"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}