{"id":9502,"date":"2026-04-24T07:05:37","date_gmt":"2026-04-24T07:05:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9502"},"modified":"2026-04-24T07:05:37","modified_gmt":"2026-04-24T07:05:37","slug":"pmx-sudah-persembahkan-nama-calon-ketua-sprm-kepada-agong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-sudah-persembahkan-nama-calon-ketua-sprm-kepada-agong\/","title":{"rendered":"PMX sudah persembahkan nama calon Ketua SPRM kepada Agong"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim memaklumkan senarai calon Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim dalam satu pertemuan di Istana Pasir Pelangi pagi tadi.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata pengumuman rasmi mengenai pelantikan itu akan dibuat dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>\u201cNanti saya akan umumkan kemudian,\u201d katanya ringkas ketika ditemui selepas sesi makan tengah hari di Pasar Tani Kekal Permas Jaya.<\/p>\n<p>Mengulas jumlah calon yang dipertimbangkan, Anwar secara berseloroh menyatakan, \u201cNama yang layak ada 120,\u201d tanpa memberikan butiran lanjut.<\/p>\n<p>Jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM kini disandang oleh Azam Baki, yang kontraknya dijadualkan tamat pada 12 Mei ini.<\/p>\n<p>Pelantikan baharu itu menjadi perhatian ramai memandangkan peranan penting SPRM sebagai agensi utama negara dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, selain usaha memulihkan aset negara.<\/p>\n<p>Terdahulu, Sultan Ibrahim bertitah baginda sendiri akan menentukan calon terbaik bagi menerajui SPRM.<\/p>\n<p>Baginda menegaskan pemilihan tersebut tidak wajar dipolitikkan kerana kepentingannya terhadap integriti institusi negara.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Azam mula memegang jawatan tersebut pada Mac 2020, menggantikan Latheefa Koya yang meletak jawatan selepas kira-kira 10 bulan berkhidmat.<\/p>\n<p>Sejak itu, beliau dilantik semula beberapa kali bagi tempoh setahun setiap kali.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim memaklumkan senarai calon Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim dalam satu pertemuan di Istana Pasir Pelangi pagi tadi. Perdana Menteri berkata pengumuman rasmi mengenai pelantikan itu akan dibuat dalam masa terdekat. \u201cNanti saya akan umumkan kemudian,\u201d katanya ringkas ketika ditemui selepas sesi makan tengah hari di Pasar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[265,13,136,3734,21,90],"authors":[],"class_list":["post-9502","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-agong","tag-anwar","tag-calon","tag-ketua-pesuruhjaya","tag-sprm","tag-sultan-ibrahim"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9502","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9502"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9502\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9503,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9502\/revisions\/9503"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9502"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9502"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9502"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9502"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}