{"id":9509,"date":"2026-04-24T07:15:57","date_gmt":"2026-04-24T07:15:57","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9509"},"modified":"2026-04-24T07:15:57","modified_gmt":"2026-04-24T07:15:57","slug":"siasatan-rm230-juta-sprm-tunggu-rekod-bank-lebih-ramai-dijangka-dipanggil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/siasatan-rm230-juta-sprm-tunggu-rekod-bank-lebih-ramai-dijangka-dipanggil\/","title":{"rendered":"Siasatan RM230 juta: SPRM tunggu rekod bank, lebih ramai dijangka dipanggil"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu dokumen transaksi kewangan daripada institusi perbankan bagi melengkapkan siasatan kes penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM230 juta yang dikaitkan dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, pihaknya menjangkakan dokumen penting itu dapat diperoleh dalam tempoh seminggu dan penyata bank berkenaan akan membantu memperincikan aliran wang serta mengenal pasti pihak yang terlibat.<\/p>\n<p>\u201cKes ini bukan hanya melibatkan tahun 2025 atau 2026, tetapi turut merangkumi tempoh lebih awal, termasuk sejak 2018. Kita perlukan laporan lengkap untuk fahami keseluruhan transaksi,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Media sebelum ini melaporkan SPRM telah menyita aset bernilai lebih RM18.3 juta bagi membantu siasatan kes sama. Sitaan itu melibatkan 14 hartanah, termasuk rumah kediaman, ruang pejabat dan lot tanah di beberapa lokasi.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Azam berkata siasatan awal mendapati sebahagian dana berkenaan dipercayai disalahgunakan untuk kepentingan peribadi, termasuk pembelian aset.<\/p>\n<p>\u201cKami sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak bank bagi mengetahui jumlah sebenar wang yang masuk ke akaun individu tertentu.<\/p>\n<p>\u201cMana-mana pihak yang menerima wang, termasuk ahli keluarga, akan dipanggil untuk membantu siasatan,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengesahkan bahawa Pertubuhan Ikram Malaysia antara pihak yang telah dipanggil untuk memberi keterangan.<\/p>\n<p>Isu penyelewengan dana NGO bukanlah perkara baharu di Malaysia.<\/p>\n<p>Dalam beberapa kes terdahulu, kelemahan pemantauan dan ketiadaan undang-undang khusus sering menjadi faktor yang membuka ruang kepada salah guna dana awam, termasuk sumbangan derma orang ramai.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Azam menegaskan keperluan mewujudkan mekanisme atau undang-undang baharu bagi mengawal aliran dana dalam NGO.<\/p>\n<p>\u201cKetika ini tiada undang-undang khusus untuk memantau wang yang masuk ke dalam NGO melalui pelbagai platform. Keadaan ini boleh membuka ruang kepada penipuan dan pecah amanah,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu dokumen transaksi kewangan daripada institusi perbankan bagi melengkapkan siasatan kes penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM230 juta yang dikaitkan dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, pihaknya menjangkakan dokumen penting itu dapat diperoleh dalam tempoh seminggu dan penyata bank berkenaan akan membantu memperincikan aliran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":295,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[115,414,3738,3715,237,24,3737,21,3716],"authors":[],"class_list":["post-9509","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azam-baki","tag-dana","tag-derma","tag-ikram","tag-ngo","tag-rasuah","tag-rm230-juta","tag-sprm","tag-zakat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9509","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9509"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9509\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9510,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9509\/revisions\/9510"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/295"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9509"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9509"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9509"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9509"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}