{"id":9557,"date":"2026-04-26T05:16:05","date_gmt":"2026-04-26T05:16:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9557"},"modified":"2026-04-26T05:16:05","modified_gmt":"2026-04-26T05:16:05","slug":"akmal-tempelak-sanusi-selepas-digelar-budak-catur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akmal-tempelak-sanusi-selepas-digelar-budak-catur\/","title":{"rendered":"Akmal tempelak Sanusi selepas digelar \u2018budak catur\u2019"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh, menyelar kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang melabelnya sebagai \u201cbudak catur\u201d, susulan kritikan lantangnya terhadap DAP.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan balasnya di Facebook hari ini, Akmal menegaskan beliau bukan sekadar bersuara di pentas ceramah, malah pernah berdepan pemimpin DAP di mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cKalau sampai ke mahkamah pun kita lawan, tapi masih dikatakan budak catur, terpulanglah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyindir ceramah Sanusi di Melaka yang menurutnya lebih tertumpu kepada serangan peribadi berbanding cadangan pembangunan negeri.<\/p>\n<p>Terdahulu, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS membuat kenyataan itu ketika merasmikan pelancaran jentera pilihan raya PAS Melaka di Bukit Katil.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, beliau mendakwa Akmal hanya lantang bersuara tetapi tidak berpengaruh dalam menentukan hala tuju parti, merujuk kepada keputusan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, yang kekal bekerjasama dengan DAP.<\/p>\n<p>\u201cAkmal bukan kuat, dia hanya suara deras sahaja. Nampak garang tetapi sebenarnya jadi budak catur kepada Zahid Hamidi,\u201d kata Sanusi, sambil turut mengaitkan nama Khairy Jamaluddin dalam ucapannya.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Akmal mengingatkan Sanusi supaya memberi perhatian kepada isu disiplin wakil rakyat PAS.<\/p>\n<p>Beliau membangkitkan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Muhamad Jailani Khamis, yang didakwa menghadiri ceramah walaupun sedang bercuti sakit selama tiga bulan.<\/p>\n<p>\u201cDia MC tiga bulan sebab kaki retak, tapi boleh hadir ceramah. Sidang DUN hanya empat hari dalam empat bulan pun tidak hadir,\u201d katanya, sambil mempersoalkan keutamaan wakil rakyat tersebut terhadap tanggungjawab kepada pengundi.<\/p>\n<p>Pertikaman lidah ini berlaku menjelang pilihan raya negeri yang dijangka sengit, dengan hubungan UMNO dan PAS terus tegang walaupun kedua-duanya pernah berada dalam blok politik yang sama.<\/p>\n<p>Akmal menegaskan, penilaian sebenar akan dibuat oleh rakyat.<\/p>\n<p>\u201cAkhirnya rakyat akan tentukan siapa benar-benar bekerja dan siapa sekadar bermain politik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh, menyelar kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang melabelnya sebagai \u201cbudak catur\u201d, susulan kritikan lantangnya terhadap DAP. Dalam kenyataan balasnya di Facebook hari ini, Akmal menegaskan beliau bukan sekadar bersuara di pentas ceramah, malah pernah berdepan pemimpin DAP di mahkamah. \u201cKalau sampai ke mahkamah pun kita [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,3031,3751,126,171,124,146],"authors":[],"class_list":["post-9557","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-menteri-besar-kedah","tag-pas","tag-pemuda","tag-sanusi","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9557","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9557"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9557\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9558,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9557\/revisions\/9558"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9557"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9557"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9557"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9557"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}