{"id":9585,"date":"2026-04-26T12:31:37","date_gmt":"2026-04-26T12:31:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9585"},"modified":"2026-04-26T12:31:37","modified_gmt":"2026-04-26T12:31:37","slug":"seorang-lelaki-ditahan-berhubung-isu-bantahan-azan-di-ampang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/seorang-lelaki-ditahan-berhubung-isu-bantahan-azan-di-ampang\/","title":{"rendered":"Seorang lelaki ditahan berhubung isu bantahan azan di Ampang"},"content":{"rendered":"<p>Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun bagi membantu siasatan berhubung isu bantahan terhadap pelaksanaan solat Jumaat dan azan di sebuah surau di Ampang yang tular baru-baru ini.<\/p>\n<p>Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata, suspek ditahan di Pandan Indah kira-kira jam 3 petang, selain beberapa barangan termasuk komputer riba, telefon bimbit dan dokumen dirampas untuk siasatan lanjut.<\/p>\n<p>\u201cSemakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian air kencing adalah negatif,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.<\/p>\n<p>\u201cSiasatan dijalankan secara profesional dan telus tanpa kompromi,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Isu ini mencetuskan perhatian ramai selepas timbul dakwaan terdapat bantahan terhadap aktiviti surau termasuk laungan azan, solat berjemaah dan penggunaan ruang luar.<\/p>\n<p>Malah, terdapat pihak yang mendakwa azan mengganggu serta meminta aktiviti keagamaan tertentu dihentikan.<\/p>\n<p>Polis sebelum ini menerima laporan daripada jawatankuasa surau di Taman Seraya, Ampang susulan ketegangan yang berlaku. Beberapa individu termasuk wakil komuniti setempat telah dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, seorang individu turut disenaraikan dalam pekeliling khas bagi menghalangnya daripada meninggalkan negara, berkaitan isu petisyen azan tersebut.<\/p>\n<p>Kes ini turut mendapat perhatian kerana melibatkan titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung hal ehwal agama Islam di negeri berkenaan.<\/p>\n<p>Shazeli mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.<\/p>\n<p>\u201cPolis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi dan menggugat keharmonian masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun bagi membantu siasatan berhubung isu bantahan terhadap pelaksanaan solat Jumaat dan azan di sebuah surau di Ampang yang tular baru-baru ini. Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata, suspek ditahan di Pandan Indah kira-kira jam 3 petang, selain beberapa barangan termasuk komputer riba, telefon bimbit dan dokumen dirampas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9586,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1246,3752,1808,1288,16,94,1444],"authors":[],"class_list":["post-9585","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ampang","tag-azan","tag-bantahan","tag-isu","tag-mcmc","tag-polis","tag-shazeli-kahar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9585","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9585"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9585\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9587,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9585\/revisions\/9587"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9586"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9585"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9585"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9585"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9585"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}