{"id":9591,"date":"2026-04-26T12:36:58","date_gmt":"2026-04-26T12:36:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9591"},"modified":"2026-04-26T12:36:58","modified_gmt":"2026-04-26T12:36:58","slug":"bersatu-belum-buka-pintu-terima-bekas-ahli-tak-ikut-jejak-umno-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersatu-belum-buka-pintu-terima-bekas-ahli-tak-ikut-jejak-umno-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Bersatu belum buka pintu terima bekas ahli, tak ikut jejak UMNO: Muhyiddin"},"content":{"rendered":"<p>Parti Bersatu menegaskan belum merancang untuk menerima semula mana-mana ahli atau pemimpin yang telah dipecat atau digantung, berbeza pendekatan UMNO yang kini membuka ruang melalui gagasan Rumah Bangsa.<\/p>\n<p>Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata tindakan disiplin yang dikenakan terhadap bekas ahli parti itu masih baharu dan belum melalui tempoh yang sesuai untuk dinilai semula.<\/p>\n<p>Menurutnya, situasi tersebut tidak sama dengan UMNO yang memberi peluang kepada pemimpin lama yang telah lama meninggalkan parti.<\/p>\n<p>\u201cSetakat hari ini, kita kekalkan keputusan itu dan belum ada perancangan untuk menerima mereka semula.<\/p>\n<p>Kita juga tidak pasti sama ada ada rayuan dikemukakan,\u201d katanya kepada media selepas Konvensyen Bersatu Selangor bertemakan \u201cMemperkukuh Agenda Peduli Rakyat\u201d.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan semakan semula boleh dibuat sekiranya terdapat kes tertentu.<\/p>\n<p>\u201cJika ada kes khas, Lembaga Disiplin boleh teliti semula dan Majlis Pimpinan Tertinggi boleh pertimbangkan. Tetapi setakat ini, perkara itu belum timbul,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Pada Februari lalu, Bersatu mengambil tindakan tegas dengan memecat 17 pemimpin termasuk tokoh kanan parti atas pelanggaran disiplin, satu langkah yang mencetuskan perbincangan mengenai hala tuju parti dan pengurusan dalaman.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan bekas ahli Bersatu menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin berkata permohonan boleh dibuat, namun keputusan akhir terletak pada Majlis Tertinggi gabungan itu.<\/p>\n<p>\u201cPermohonan akan dinilai berdasarkan beberapa asas seperti tempoh pendaftaran parti, struktur kepimpinan dan kekuatan akar umbi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa parti lain seperti Parti Pejuang Tanah Air dan Parti Berjasa Malaysia telah mengemukakan permohonan untuk menyertai PN, namun keputusan masih belum dibuat kerana perkara itu belum dibincangkan secara rasmi oleh Majlis Tertinggi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Bersatu menegaskan belum merancang untuk menerima semula mana-mana ahli atau pemimpin yang telah dipecat atau digantung, berbeza pendekatan UMNO yang kini membuka ruang melalui gagasan Rumah Bangsa. Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata tindakan disiplin yang dikenakan terhadap bekas ahli parti itu masih baharu dan belum melalui tempoh yang sesuai untuk dinilai semula. Menurutnya, situasi tersebut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3241,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3388,73,1590,276,541,146],"authors":[],"class_list":["post-9591","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bekas-ahli","tag-bersatu","tag-muhyiddin-yassin","tag-pecat","tag-perikatan-nasional","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9591","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9591"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9591\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9592,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9591\/revisions\/9592"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3241"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9591"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9591"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9591"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9591"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}