{"id":961,"date":"2025-06-21T05:37:01","date_gmt":"2025-06-21T05:37:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=961"},"modified":"2025-06-21T12:40:28","modified_gmt":"2025-06-21T12:40:28","slug":"pkr-nafi-igp-pernah-jadi-ahli-parti-fuziah-bidas-maklumat-palsu-tular","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pkr-nafi-igp-pernah-jadi-ahli-parti-fuziah-bidas-maklumat-palsu-tular\/","title":{"rendered":"PKR nafi IGP pernah jadi ahli parti, Fuziah bidas maklumat palsu tular"},"content":{"rendered":"<p>PKR menafikan Ketua Polis Negara (IGP) yang baharu dilantik, Mohd Khalid Ismail pernah menjadi ahli atau memegang sebarang jawatan dalam parti itu seperti yang disiarkan dalam media sosial sebuah akhbar tempatan, semalam.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata penyebaran profil salah dan berkait dengan parti politik boleh menjejaskan imej serta kredibiliti IGP yang baharu dilantik.<\/p>\n<p>Selain itu, beliau berkata, ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap PKR sebagai komponen parti pemerintah sekiranya terdapat rakyat mempercayai bahawa pelantikan Mohd Khalid dibuat atas dasar lantikan politik.<\/p>\n<p>\u201cPKR kesal atas kesilapan maklumat profil Ketua Polis Negara ke-15, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dalam media sosial itu yang memaparkan beliau pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR serta pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kedah,\u201d katanya dalam satu kenyataan, hari ini.<\/p>\n<p>Fuziah berkata, PKR berpendirian kesilapan itu tidak wajar berlaku dan menggesa agar satu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak akhbar terbabit.<\/p>\n<p>Mohd Khalid, 60, dilantik sebagai KPN ke-15 menggantikan Razarudin Husain, berkuat kuasa semalam.<\/p>\n<p>Beliau berpengalaman memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018 sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 September 2021.<\/p>\n<p>Terdahulu, portal Sinar Harian semalam memohon maaf atas kesilapan dalam maklumat biodata Mohd Khalid yang disiarkan atas talian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR menafikan Ketua Polis Negara (IGP) yang baharu dilantik, Mohd Khalid Ismail pernah menjadi ahli atau memegang sebarang jawatan dalam parti itu seperti yang disiarkan dalam media sosial sebuah akhbar tempatan, semalam. Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata penyebaran profil salah dan berkait dengan parti politik boleh menjejaskan imej serta kredibiliti IGP yang baharu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":962,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[277,214,626,627,267,9],"authors":[],"class_list":["post-961","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli","tag-fuziah","tag-igp","tag-mohd-khalid-ismail","tag-parti","tag-pkr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/961","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=961"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/961\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":963,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/961\/revisions\/963"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/962"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=961"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=961"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=961"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=961"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}