{"id":9626,"date":"2026-04-27T09:01:25","date_gmt":"2026-04-27T09:01:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9626"},"modified":"2026-04-27T09:01:25","modified_gmt":"2026-04-27T09:01:25","slug":"tidak-bubar-dun-buat-masa-ini-aminuddin-terus-tadbir-negeri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tidak-bubar-dun-buat-masa-ini-aminuddin-terus-tadbir-negeri\/","title":{"rendered":"Tidak bubar DUN buat masa ini, Aminuddin terus tadbir negeri"},"content":{"rendered":"<p>Aminuddin Harun menegaskan tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini walaupun berdepan krisis politik susulan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) menarik sokongan.<\/p>\n<p>Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengakui terkejut dengan perkembangan tersebut, namun menegaskan tiada sebarang cadangan rasmi daripada mana-mana pihak yang menggesa pembubaran DUN.<\/p>\n<p>\u201cBuat masa ini belum ada pandangan seperti itu yang mencadangkan pembubaran,\u201d katanya dalam sidang media di kediaman rasminya, hari ini.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Aminuddin memaklumkan telah menghadap Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi mempersembahkan kedudukan semasa sokongan ADUN terhadap pentadbirannya.<\/p>\n<p>Menurutnya, baginda menitahkan supaya kerajaan negeri terus berfungsi seperti biasa sehingga ada keputusan yang lebih jelas.<\/p>\n<p>\u201cKita akan jalankan pentadbiran kerajaan sedia ada sehingga ada keputusan muktamad. Saya akan teruskan tugas sebagai Menteri Besar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Susulan kehilangan sokongan majoriti, pentadbiran negeri kini dijangka beroperasi sebagai kerajaan minoriti.<\/p>\n<p>Aminuddin bagaimanapun memberi jaminan urusan pentadbiran tidak akan terjejas pada masa terdekat.<\/p>\n<p>Beliau juga berkata tiada perancangan segera untuk bertemu ADUN BN bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.<\/p>\n<p>Sidang media tersebut turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan beliau.<\/p>\n<p>Negeri Sembilan sebelum ini ditadbir oleh gabungan PH dengan sokongan BN, mencerminkan kerjasama politik pasca pilihan raya yang membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Aminuddin Harun menegaskan tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini walaupun berdepan krisis politik susulan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) menarik sokongan. Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengakui terkejut dengan perkembangan tersebut, namun menegaskan tiada sebarang cadangan rasmi daripada mana-mana pihak yang menggesa pembubaran DUN. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9361,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,3686,378,409,408,1154,9,340,146],"authors":[],"class_list":["post-9626","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-aminuddin-harun","tag-bn","tag-dun","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-pkr","tag-tarik-sokongan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9626","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9626"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9626\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9627,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9626\/revisions\/9627"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9361"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9626"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9626"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9626"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9626"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}