{"id":964,"date":"2025-06-21T05:49:22","date_gmt":"2025-06-21T05:49:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=964"},"modified":"2025-06-21T05:49:22","modified_gmt":"2025-06-21T05:49:22","slug":"umno-sembrong-mahu-penggantungan-keahlian-hishammuddin-dibatalkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-sembrong-mahu-penggantungan-keahlian-hishammuddin-dibatalkan\/","title":{"rendered":"UMNO Sembrong mahu penggantungan keahlian Hishammuddin dibatalkan"},"content":{"rendered":"<p>Terdapat usul dikemukakan UMNO Bahagian Sembrong yang mahu tindakan mengantung keahlian Hishammuddin Tun Hussein dibatalkan dan membenarkan bekas naib presiden parti itu kembali aktif.<\/p>\n<p>Semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Sembrong hari ini, perwakilan akar umbi menyuarakan cadangan tersebut kepada Pengerusi UMNO Johor merangkap Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi agar dapat dibawa untuk pertimbangan pihak atasan parti.<\/p>\n<p>Semasa merasmikan mesyuarat itu, Onn tidak dapat menyembunyikan rasa sebak ketika memulakan ucapan perasmian apabila mengenangkan peranan besar bekas naib presiden UMNO, Hishammuddin yang dianggap sebagai \u2018sifu\u2019 dalam permulaan karier politiknya.<\/p>\n<p>\u201cSembrong ini bukan sekadar kawasan politik, ia tempat saya mula belajar dan mengenal erti perjuangan. Orang yang membawa saya ke sini ialah Hishammuddin Tun Hussein,\u201d katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut di Rumah Komuniti UMNO Sembrong.<\/p>\n<p>Walaupun Hishammuddin tidak hadir dalam majlis itu, Onn memaklumkan bahawa usul berkenaan mencerminkan penghargaan akar umbi terhadap jasa serta kepimpinan beliau.<\/p>\n<p>\u201cSaya dimaklumkan ada usul supaya pucuk pimpinan UMNO mempertimbangkan semula untuk menerima beliau kembali di peringkat UMNO Bahagian Sembrong.<\/p>\n<p>\u201cInsya-ALLAH, sebagai Pengerusi UMNO Johor, saya akan bawa usul ini ke peringkat tertinggi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Hishammuddin digantung keahlian selama enam tahun bermula 27 Januari 2023, bersamaan dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.<\/p>\n<p>Surat penggantungan itu ditandatangani oleh Ahmad Maslan selaku Setiausaha Agung UMNO ketika itu.<\/p>\n<p>Selain beliau, beberapa pemimpin lain turut dikenakan tindakan termasuk bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.<\/p>\n<p>Namun, pada 11 Disember lalu, Hishammuddin menegaskan tidak akan mengemukakan sebarang rayuan bagi membatalkan penggantungan tersebut kerana sehingga kini beliau belum diberikan sebab yang jelas berhubung tindakan itu.<\/p>\n<p>Ia susulan kenyataan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan bahawa penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman selama enam tahun telah ditarik balik selepas menghantar empat kali surat rayuan untuk kembali bersama parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Terdapat usul dikemukakan UMNO Bahagian Sembrong yang mahu tindakan mengantung keahlian Hishammuddin Tun Hussein dibatalkan dan membenarkan bekas naib presiden parti itu kembali aktif. Semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Sembrong hari ini, perwakilan akar umbi menyuarakan cadangan tersebut kepada Pengerusi UMNO Johor merangkap Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi agar dapat dibawa untuk pertimbangan pihak atasan parti. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":965,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[631,629,630,628,146,327],"authors":[],"class_list":["post-964","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-gantung","tag-hishammuddin-hussein","tag-johor","tag-onn-hafiz","tag-umno","tag-zahid-hamidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/964","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=964"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/964\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":966,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/964\/revisions\/966"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/965"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=964"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=964"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=964"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=964"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}