{"id":9672,"date":"2026-04-28T07:23:25","date_gmt":"2026-04-28T07:23:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9672"},"modified":"2026-04-28T07:23:52","modified_gmt":"2026-04-28T07:23:52","slug":"jalaluddin-nafi-berniat-jadi-menteri-besar-ganti-aminuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jalaluddin-nafi-berniat-jadi-menteri-besar-ganti-aminuddin\/","title":{"rendered":"Jalaluddin nafi berniat jadi Menteri Besar ganti Aminuddin"},"content":{"rendered":"<p>Jalaluddin Alias menafikan berhasrat untuk menjadi Menteri Besar susulan keputusan Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Aminuddin Harun.<\/p>\n<p>Pengerusi UMNO Negeri Sembilan itu berkata soal pelantikan Menteri Besar bukan ditentukan oleh UMNO atau BN, sebaliknya merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan matlamat kita. Perbincangan yang dibuat bukan untuk menentukan siapa jadi Menteri Besar, dan saya sendiri bukan nak jawatan itu. Jangan salah faham,\u201d katanya pada sidang media di Wisma UMNO Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Jalaluddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang menjelaskan, beberapa nama lain turut layak dipertimbangkan, termasuk Mohd Faizal Ramli dan Mustapha Nagoor, namun keputusan akhir tetap bergantung kepada budi bicara istana.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan permohonan untuk menghadap Tuanku Muhriz telah dihantar bagi mempersembahkan keputusan BN menarik sokongan terhadap Menteri Besar.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, setakat ini beliau masih belum menerima tarikh menghadap.<\/p>\n<p>Krisis politik di Negeri Sembilan tercetus apabila BN mengambil langkah mengejut menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kestabilan pentadbiran sedia ada.<\/p>\n<p>Situasi ini mengingatkan kepada beberapa episod ketidaktentuan politik di peringkat negeri dan Persekutuan sebelum ini yang turut memberi kesan kepada pentadbiran.<\/p>\n<p>Mengulas kenyataan Aminuddin mengatakan kerajaan negeri masih mempunyai tempoh sehingga enam bulan sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) seterusnya, Jalaluddin berpendapat langkah itu tidak wajar.<\/p>\n<p>\u201cJika keadaan ini dibiarkan berlarutan, kerajaan akan berada dalam situasi tidak stabil dan penuh ketidaktentuan. Banyak masalah boleh timbul,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan sidang khas DUN perlu diadakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlaku.<\/p>\n<p>\u201cUntuk kestabilan negeri, saya berpandangan sidang khas DUN perlu dipanggil segera supaya segala isu dapat diputuskan demi kepentingan kerajaan dan rakyat,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jalaluddin Alias menafikan berhasrat untuk menjadi Menteri Besar susulan keputusan Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Aminuddin Harun. Pengerusi UMNO Negeri Sembilan itu berkata soal pelantikan Menteri Besar bukan ditentukan oleh UMNO atau BN, sebaliknya merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. \u201cIni bukan matlamat kita. Perbincangan yang dibuat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9673,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[409,1265,585,3770,408,1154,11,3684,146],"authors":[],"class_list":["post-9672","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dun","tag-jalaluddin-alias","tag-krisis","tag-mengadap","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-politik","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9672","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9672"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9672\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9674,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9672\/revisions\/9674"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9673"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9672"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9672"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9672"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9672"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}