{"id":9725,"date":"2026-04-29T07:16:36","date_gmt":"2026-04-29T07:16:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9725"},"modified":"2026-04-29T07:16:36","modified_gmt":"2026-04-29T07:16:36","slug":"acara-rasmi-kerajaan-dikecilkan-pastikan-perbelanjaan-berhemah-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/acara-rasmi-kerajaan-dikecilkan-pastikan-perbelanjaan-berhemah-fahmi\/","title":{"rendered":"Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan memutuskan supaya semua acara rasmi, bengkel dan program berskala besar dianjurkan pada tahap sederhana bagi memastikan perbelanjaan lebih berhemah dan pelaksanaan lebih berfokus.<\/p>\n<p>Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil, berkata perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan perbincangan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam bagi menangani krisis tenaga global yang sedang dihadapi ketika ini.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri menekankan agar semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan mengadakan program pada skala sederhana,\u201d katanya dalam sidang media hari ini.<\/p>\n<p>Selain itu, isu pelaksanaan Program Kampung Angkat Madani turut disentuh dan usaha tersebut perlu diselaraskan dengan rapi di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<p>Fahmi menjelaskan penyelarasan penting bagi memastikan program memberi impak menyeluruh, khususnya dengan penglibatan ahli Parlimen penyokong kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cIni adalah usaha di peringkat Persekutuan dan perlu diselaras, termasuk bersama ahli Parlimen backbenchers,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai pencapaian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).<\/p>\n<p>NADI dipilih sebagai salah satu Pusat Transformasi Digital oleh International Telecommunication Union, menjadikan Malaysia sebagai rakan pelaksana global ke-16 bagi inisiatif tersebut.<\/p>\n<p>Fahmi berkata pengiktirafan itu menunjukkan keupayaan Malaysia dalam memperluas akses digital dan meningkatkan literasi teknologi dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan supaya pusat komuniti desa di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah diselaraskan dengan aktiviti NADI pada masa terdekat.<\/p>\n<p>Langkah ini dilihat sebagai kesinambungan usaha kerajaan memperkasa komuniti luar bandar melalui teknologi digital, sejajar dengan agenda transformasi negara yang memberi tumpuan kepada pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan memutuskan supaya semua acara rasmi, bengkel dan program berskala besar dianjurkan pada tahap sederhana bagi memastikan perbelanjaan lebih berhemah dan pelaksanaan lebih berfokus. Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil, berkata perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan perbincangan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam bagi menangani krisis [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6946,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3781,170,49,1763,374,184,585,16,74,18,3468],"authors":[],"class_list":["post-9725","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-acara-rasmi","tag-anwar-ibrahim","tag-fahmi-fadzil","tag-global","tag-kerajaan","tag-komunikasi","tag-krisis","tag-mcmc","tag-minyak","tag-pmx","tag-tenaga"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9725","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9725"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9725\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9726,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9725\/revisions\/9726"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6946"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9725"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9725"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9725"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9725"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}