{"id":9731,"date":"2026-04-29T10:29:00","date_gmt":"2026-04-29T10:29:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9731"},"modified":"2026-04-29T10:29:00","modified_gmt":"2026-04-29T10:29:00","slug":"spekulasi-adun-umno-kembali-jadi-exco-disangkal-jalaluddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/spekulasi-adun-umno-kembali-jadi-exco-disangkal-jalaluddin\/","title":{"rendered":"Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin"},"content":{"rendered":"<p>Dakwaan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bakal kembali menyertai kerajaan Negeri Sembilan sebagai Exco disifatkan sebagai tidak benar dan sekadar khabar angin.<\/p>\n<p>Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias menegaskan laporan yang tular itu tidak berasas.<\/p>\n<p>\u201cItu adalah khabar angin\u2026 palsu,\u201d katanya dipetik laporan media BH.<\/p>\n<p>Penafian itu turut disokong ADUN Lenggeng, Asna Amin yang memaklumkan pimpinan UMNO negeri belum menerima sebarang arahan daripada kepimpinan pusat.<\/p>\n<p>Menurutnya, semua wakil rakyat parti itu akan akur kepada keputusan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berhubung kemelut politik yang dihadapi di negeri tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKami masih belum menerima arahan daripada pucuk pimpinan pusat. Selagi tiada arahan untuk kembali ke Exco, perkara ini kekal sebagai khabar angin,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Nada sama turut disuarakan ADUN Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi yang menyifatkan isu tersebut sebagai spekulasi semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini tiada arahan rasmi diterima, dan kami akan patuh kepada keputusan pusat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, media sosial hangat memperkatakan kemungkinan beberapa ADUN UMNO dilantik sebagai Exco baharu bagi menggantikan empat penyandang yang kehilangan jawatan selepas menarik balik sokongan kepada Menteri Besar Aminuddin Harun.<\/p>\n<p>Kemelut politik di Negeri Sembilan memuncak apabila kesemua 14 ADUN UMNO-Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar baru-baru ini, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai pembentukan semula kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Aminuddin menjelaskan tidak mempunyai maklumat berhubung dakwaan pelantikan Exco baharu.<\/p>\n<p>\u201cTidak sesuai untuk saya menafikan kerana saya sendiri tiada maklumat mengenainya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan tiada rundingan rasmi diadakan antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional atau Perikatan Nasional setakat ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, usaha untuk menghubungi beberapa ADUN UMNO juga tidak berhasil sejak isu tersebut timbul.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dakwaan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bakal kembali menyertai kerajaan Negeri Sembilan sebagai Exco disifatkan sebagai tidak benar dan sekadar khabar angin. Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias menegaskan laporan yang tular itu tidak berasas. \u201cItu adalah khabar angin\u2026 palsu,\u201d katanya dipetik laporan media BH. Penafian itu turut disokong ADUN Lenggeng, Asna Amin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9668,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3686,2580,1265,374,1154,146],"authors":[],"class_list":["post-9731","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminuddin-harun","tag-exco","tag-jalaluddin-alias","tag-kerajaan","tag-negeri-sembilan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9731","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9731"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9731\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9732,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9731\/revisions\/9732"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9668"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9731"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9731"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9731"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9731"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}