{"id":9754,"date":"2026-04-30T06:10:40","date_gmt":"2026-04-30T06:10:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9754"},"modified":"2026-04-30T06:10:40","modified_gmt":"2026-04-30T06:10:40","slug":"misi-flotilla-gaza-2-0-10-warga-malaysia-disahkan-terputus-hubungan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/misi-flotilla-gaza-2-0-10-warga-malaysia-disahkan-terputus-hubungan\/","title":{"rendered":"Misi Flotilla Gaza 2.0: 10 warga Malaysia disahkan terputus hubungan"},"content":{"rendered":"<p>BANGI: Seramai 10 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan selepas insiden tegang melibatkan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF 2.0) di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece, awal pagi tadi.<\/p>\n<p>Sumud Nusantara Command Center (SNCC) memaklumkan, puluhan dron dikesan berlegar di sekitar kawasan flotilla, dipercayai menjalankan pemantauan serta mengganggu komunikasi kapal-kapal yang terlibat.<\/p>\n<p>Insiden itu berlaku antara jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia, ketika kapal-kapal misi berada kira-kira 656 batu nautika dari Pantai Gaza.<\/p>\n<p>Menurut Ketua Pengarah SNCC, Sani Araby Abdul Alim Araby, keadaan menjadi tegang apabila kapal tentera Israel menghampiri flotilla secara agresif.<\/p>\n<p>\u201cKami menerima laporan tembakan amaran dilepaskan dan gangguan frekuensi radio dikenakan terhadap aktivis yang tidak bersenjata,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau mengesahkan 10 rakyat Malaysia yang terputus hubungan berada di enam kapal berbeza dalam konvoi tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKami sedang berusaha mendapatkan maklumat terkini dan terus berhubung dengan pasukan lain yang masih dalam perjalanan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Walaupun berdepan ancaman, beberapa kapal lain dilaporkan meneruskan pelayaran ke Gaza.<\/p>\n<p>SNCC turut mendakwa memiliki bukti audio dan visual yang menunjukkan pihak tentera Israel menggunakan naratif tidak tepat bagi menghalalkan tindakan mereka, sedangkan flotilla beroperasi di laluan perairan antarabangsa yang sah menurut undang-undang maritim.<\/p>\n<p>GSF 2.0 merupakan misi kemanusiaan antarabangsa yang bertujuan menghantar bantuan ke Gaza, wilayah yang telah lama berdepan sekatan dan krisis kemanusiaan berpanjangan.<\/p>\n<p>Misi ini melibatkan 56 kapal yang berlepas dari Pelabuhan Catania, Itali, dengan penyertaan 36 rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kepakaran termasuk perubatan dan kejuruteraan.<\/p>\n<p>SNCC menyeru orang ramai untuk mendoakan keselamatan semua delegasi yang terlibat. \u201cKami berharap rakyat Malaysia terus memberikan sokongan dan tidak terpengaruh dengan maklumat tidak sahih,\u201d kata Sani Araby.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BANGI: Seramai 10 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan selepas insiden tegang melibatkan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF 2.0) di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece, awal pagi tadi. Sumud Nusantara Command Center (SNCC) memaklumkan, puluhan dron dikesan berlegar di sekitar kawasan flotilla, dipercayai menjalankan pemantauan serta mengganggu komunikasi kapal-kapal yang terlibat. Insiden itu berlaku [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3838,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[329,1903,3791,38,3792,3793,3790],"authors":[],"class_list":["post-9754","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-gaza","tag-global-sumud-flotilla","tag-greece","tag-malaysia","tag-pulau","tag-tentera-zionis","tag-terputus-hubungan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9754","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9754"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9754\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9755,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9754\/revisions\/9755"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3838"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9754"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9754"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9754"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9754"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}