{"id":9867,"date":"2026-05-04T08:38:00","date_gmt":"2026-05-04T08:38:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9867"},"modified":"2026-05-04T08:38:00","modified_gmt":"2026-05-04T08:38:00","slug":"subsidi-bahan-api-cecah-rm5-bilion-sebulan-ekoran-krisis-global","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/subsidi-bahan-api-cecah-rm5-bilion-sebulan-ekoran-krisis-global\/","title":{"rendered":"Subsidi bahan api cecah RM5 bilion sebulan ekoran krisis global"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan kini menanggung subsidi bahan api sekitar RM5 bilion sebulan, dengan angka itu boleh meningkat melebihi RM6 bilion sekiranya harga minyak global terus melonjak, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Menurut beliau, jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding kira-kira RM700 juta pada awal tahun, sekali gus memberi tekanan besar kepada kedudukan fiskal negara.<\/p>\n<p>\u201cKalau sekarang RM5 bilion sebulan, bayangkan dalam tempoh 10 bulan sudah mencecah RM50 bilion daripada dana kerajaan,\u201d katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam di Putrajaya.<\/p>\n<p>Anwar menjelaskan masih ramai yang tidak memahami beban sebenar subsidi ditanggung kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cAda yang tanya kenapa kos naik, kenapa harga minyak tidak turun. Mereka tidak nampak bahawa kerajaan masih menampung subsidi besar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Malaysia ketika ini merupakan antara negara dengan harga bahan api paling rendah di dunia, apabila RON95 kekal pada harga RM1.99 seliter hasil subsidi kerajaan.<\/p>\n<p>Namun, peningkatan mendadak kos subsidi dalam tempoh singkat menunjukkan tekanan sebenar terhadap kewangan negara.<\/p>\n<p>\u201cPada awalnya kita fikir boleh tampung, tetapi untuk jangka panjang, dana sedia ada tidak mampu bertahan berbulan-bulan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Sebagai langkah menangani situasi tersebut, kerajaan telah melaksanakan penyelarasan subsidi termasuk bagi diesel, dengan tujuan mengurangkan ketirisan serta membendung aktiviti penyeludupan bahan api yang masih berlaku.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menegaskan penilaian terhadap isu kenaikan harga perlu dibuat secara menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cMemang betul harga naik, memang ada masalah. Tetapi kita perlu adil dalam melihat keseluruhan keadaan, termasuk subsidi yang masih ditanggung kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu subsidi bahan api menjadi antara cabaran utama kerajaan ketika ekonomi global berdepan ketidaktentuan, terutama akibat turun naik harga minyak dunia serta tekanan inflasi yang turut memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan kini menanggung subsidi bahan api sekitar RM5 bilion sebulan, dengan angka itu boleh meningkat melebihi RM6 bilion sekiranya harga minyak global terus melonjak, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Menurut beliau, jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding kira-kira RM700 juta pada awal tahun, sekali gus memberi tekanan besar kepada kedudukan fiskal negara. \u201cKalau sekarang RM5 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9293,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1763,585,74,583,18,296],"authors":[],"class_list":["post-9867","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-global","tag-krisis","tag-minyak","tag-perang","tag-pmx","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9867","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9867"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9867\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9868,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9867\/revisions\/9868"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9293"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9867"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9867"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9867"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9867"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}