{"id":9885,"date":"2026-05-04T09:10:15","date_gmt":"2026-05-04T09:10:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9885"},"modified":"2026-05-04T09:10:26","modified_gmt":"2026-05-04T09:10:26","slug":"kerjasama-umno-ph-dilihat-kunci-hadapi-pru-16-ching-tong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerjasama-umno-ph-dilihat-kunci-hadapi-pru-16-ching-tong\/","title":{"rendered":"Kerjasama UMNO-PH dilihat kunci hadapi PRU-16: Ching Tong"},"content":{"rendered":"<p>Kerjasama politik antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) dilihat sebagai pendekatan paling berkesan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Liew Chin Tong.<\/p>\n<p>Wakil DAP itu berkata, kejayaan formula perpaduan itu bergantung kepada keikhlasan dan kerjasama semua pihak, bukannya sekadar persefahaman atas kertas.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya formula perpaduan ini adalah yang terbaik untuk UMNO dan PH, tetapi bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Hanya keikhlasan, persefahaman dan kerjasama dapat merealisasikannya,\u201d katanya ketika berucap semasa sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, pada Isnin.<\/p>\n<p>Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri menjelaskan landskap politik Johor mula berubah sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, apabila peranan pembangkang sebagai pengimbang semakin jelas.<\/p>\n<p>Menurutnya, selepas pilihan raya itu, beliau sendiri telah bertemu Menteri Besar Johor bagi mencadangkan pendekatan dwipartisan demi pembangunan negeri.<\/p>\n<p>\u201cKetika itu suasana agak tegang kerana semua pihak bersiap sedia menghadapi PRU-15.<\/p>\n<p>\u201cNamun selepas keputusan pilihan raya umum pada November 2022, kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan berjaya dibentuk antara PH dan UMNO,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Beliau menambah, hubungan antara kedua-dua blok politik itu di Johor turut bertambah baik selepas titah Yang di-Pertuan Agong pada 2023 yang menekankan peranan pembangkang sebagai pengimbang.<\/p>\n<p>Perkembangan itu, katanya, membolehkan kerjasama politik berlaku dalam suasana lebih matang dan saling menghormati.<\/p>\n<p>Mengulas soal kestabilan, Chin Tong berkata tema tersebut yang pernah dibawa Barisan Nasional dalam PRN Johor kini mula menampakkan hasil, khususnya di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri.<\/p>\n<p>\u201cKestabilan itu bukan sekadar slogan. Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, Johor menunjukkan kemajuan yang lebih baik berbanding dekad-dekad sebelumnya,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau turut menyentuh isu persempadanan semula kawasan pilihan raya di Johor, dengan menyifatkannya sebagai keperluan mendesak berikutan terdapat beberapa kerusi yang mempunyai jumlah pengundi terlalu besar.<\/p>\n<p>Katanya, langkah tersebut penting bagi memastikan keadilan perwakilan serta keberkesanan pentadbiran pada masa akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerjasama politik antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) dilihat sebagai pendekatan paling berkesan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Liew Chin Tong. Wakil DAP itu berkata, kejayaan formula perpaduan itu bergantung kepada keikhlasan dan kerjasama semua pihak, bukannya sekadar persefahaman atas kertas. \u201cSaya percaya formula perpaduan ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9886,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,13,63,2266,727,3819,18,101,146],"authors":[],"class_list":["post-9885","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-anwar","tag-dap","tag-liew-chin-tong","tag-pakatan-harapan","tag-perling","tag-pmx","tag-pru-16","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9885","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9885"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9885\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9888,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9885\/revisions\/9888"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9886"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9885"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9885"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9885"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9885"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}