{"id":9911,"date":"2026-05-05T07:10:24","date_gmt":"2026-05-05T07:10:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9911"},"modified":"2026-05-05T07:10:24","modified_gmt":"2026-05-05T07:10:24","slug":"umno-sedia-bertanding-solo-prn-johor-umno-pasir-gudang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-sedia-bertanding-solo-prn-johor-umno-pasir-gudang\/","title":{"rendered":"UMNO sedia bertanding solo PRN Johor: UMNO Pasir Gudang"},"content":{"rendered":"<p>UMNO memberi bayangan bersedia bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang sekiranya tiada kerjasama politik yang memenuhi prinsip saling hormat.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Baharudin Mohamed Taib berkata, parti itu kekal sebagai tunjang dalam Barisan Nasional (BN) dan tidak terikat sebagai komponen kepada mana-mana gabungan lain.<\/p>\n<p>Menurutnya, UMNO mempunyai kebebasan untuk menentukan hala tuju politik sendiri.<\/p>\n<p>\u201cUMNO bebas untuk bergerak solo atau berpakat dengan mana-mana. Kalau nak bersama, tak perlu herdik atau fitnah. Bincang elok-elok, dan UMNO akan pilih rakan yang saling menghormati,\u201d katanya ketika berucap dalam sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas menegaskan, sekiranya tiada persefahaman dicapai dengan mana-mana pihak, UMNO tidak teragak-agak untuk bergerak sendiri.<\/p>\n<p>\u201cJika tiada yang sesuai, UMNO sanggup bergerak solo daripada terus berada dalam keadaan tidak selesa,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Baharudin menyentuh mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, yang menurutnya telah membantu menstabilkan pentadbiran negara selepas tempoh ketidaktentuan politik.<\/p>\n<p>Malaysia sebelum ini menyaksikan beberapa pertukaran Perdana Menteri dalam satu penggal, sekali gus memberi kesan kepada kestabilan dan ekonomi negara.<\/p>\n<p>\u201cPemimpin parti tidak mahu lagi situasi pertukaran Perdana Menteri berulang kerana ia menyusahkan rakyat. Sebab itu kerajaan perpaduan dibentuk,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Namun beliau mengingatkan kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan hanyalah bersifat sementara untuk membentuk kerajaan, bukan satu gabungan politik rasmi.<\/p>\n<p>\u201cJangan lupa, UMNO bukan komponen Pakatan Harapan. Kerjasama ini hanya untuk memastikan kerajaan dapat dibentuk ketika tiada pihak memiliki majoriti mencukupi,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Tambah beliau, meskipun berdepan pelbagai cabaran dan kritikan, Kerajaan Perpaduan diyakini mampu bertahan sehingga tamat penggal, sekali gus memberi ruang kepada kestabilan politik dan pemulihan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO memberi bayangan bersedia bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang sekiranya tiada kerjasama politik yang memenuhi prinsip saling hormat. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Baharudin Mohamed Taib berkata, parti itu kekal sebagai tunjang dalam Barisan Nasional (BN) dan tidak terikat sebagai komponen kepada mana-mana gabungan lain. Menurutnya, UMNO mempunyai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9912,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,3822,630,1821,103,146],"authors":[],"class_list":["post-9911","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-baharudin-mohamed-taib","tag-johor","tag-pasir-gudang","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9911","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9911"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9911\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9913,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9911\/revisions\/9913"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9912"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9911"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9911"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9911"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9911"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}