{"id":9926,"date":"2026-05-05T07:34:11","date_gmt":"2026-05-05T07:34:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9926"},"modified":"2026-05-05T07:34:11","modified_gmt":"2026-05-05T07:34:11","slug":"pesta-air-akmal-bidas-guan-eng-patut-malu-sokong-acara-disko-jalanan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pesta-air-akmal-bidas-guan-eng-patut-malu-sokong-acara-disko-jalanan\/","title":{"rendered":"Pesta air: Akmal bidas Guan Eng patut malu sokong acara disko jalanan"},"content":{"rendered":"<p>Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Lim Guan Eng yang membandingkan budaya Malaysia dengan acara hiburan jalanan seperti festival air yang dianjurkan kerajaan.<\/p>\n<p>Ketua Pemuda UMNO itu berkata Guan Eng yang juga Penasihat DAP itu tidak memahami perbezaan antara budaya tempatan dan acara hiburan moden yang bersifat komersial.<\/p>\n<p>\u201cYang patut malu ni adalah kamu dan kumpulan kamu, yang tak tahu bezakan budaya Malaysia dengan disko jalanan yang kamu banggakan,\u201d katanya dalam satu kenyataan, sambil menyindir tahap kefahaman mereka.<\/p>\n<p>Kenyataan itu merujuk kepada reaksi Guan Eng terhadap kritikan beberapa pihak terhadap Rain Rave Water Festival 2026 yang berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini di bawah kendalian Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Guan Eng menyatakan parti seperti Barisan Nasional, UMNO, Perikatan Nasional dan PAS tidak wajar menentang festival tersebut, malah menyifatkan kritikan itu sebagai cubaan memecahbelahkan masyarakat.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan festival selama tiga hari itu berjaya menarik kira-kira 180,000 pengunjung serta menjana sehingga RM200 juta hasil pelancongan. \u201c<\/p>\n<p>Tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang festival itu, semuanya berjalan dengan selamat dan meriah,\u201d katanya, sambil menambah pulangan ekonomi tersebut memberi manfaat kepada peniaga kecil serta meningkatkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan.<\/p>\n<p>Guan Eng juga memuji Menteri Pelancongan, Tiong King Sing atas ketegasan meneruskan program pelancongan walaupun berdepan kritikan.<\/p>\n<p>Menurutnya, kejayaan sektor pelancongan yang mencapai ratusan bilion ringgit dan puluhan juta pelawat sebelum ini membuktikan pendekatan tersebut berkesan.<\/p>\n<p>Isu ini mencetuskan perdebatan lebih luas mengenai keseimbangan antara pemeliharaan budaya tempatan dan usaha merancakkan industri pelancongan negara, khususnya menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Lim Guan Eng yang membandingkan budaya Malaysia dengan acara hiburan jalanan seperti festival air yang dianjurkan kerajaan. Ketua Pemuda UMNO itu berkata Guan Eng yang juga Penasihat DAP itu tidak memahami perbezaan antara budaya tempatan dan acara hiburan moden yang bersifat komersial. \u201cYang patut malu ni adalah kamu dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":203,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,3829,3031,3802,1288,79,171,146],"authors":[],"class_list":["post-9926","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-disko","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-festival-muzik-air-rain-rave-2026","tag-isu","tag-lim-guan-eng","tag-pemuda","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9926","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9926"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9926\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9927,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9926\/revisions\/9927"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9926"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9926"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9926"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9926"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}