{"id":993,"date":"2025-06-22T11:20:14","date_gmt":"2025-06-22T11:20:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=993"},"modified":"2025-06-22T11:20:20","modified_gmt":"2025-06-22T11:20:20","slug":"warisan-tak-terlibat-demonstrasi-gempur-rasuah-bakar-gambar-pemimpin-azis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/warisan-tak-terlibat-demonstrasi-gempur-rasuah-bakar-gambar-pemimpin-azis\/","title":{"rendered":"Warisan tak terlibat demonstrasi Gempur Rasuah bakar gambar pemimpin: Azis"},"content":{"rendered":"<p>Demonstrasi Himpunan Gempur Rasuah 2.0 berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah semalam tidak mempunyai kaitan dengan Parti Warisan, kata Mohd Azis Jamman.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Warisan itu berkata perhimpunan tersebut dianjurkan sepenuhnya oleh Suara Mahasiswa UMS dan tiada penglibatan parti politik secara rasmi menyokong penganjuran tersebut.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, ujar beliau, Warisan menjunjung dan menghormati hak untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Jelasnya, hak berhimpun secara aman itu adalah milik semua rakyat Malaysia termasuk anak muda Sabah, para pelajar termasuk ahli parti politik selagi ia dilaksanakan secara aman dan mematuhi undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cWarisan juga telah mengingatkan semua ahli kami agar tidak memakai sebarang pakaian yang memaparkan logo Warisan sekiranya mereka memilih untuk hadir.<\/p>\n<p>\u201cKehadiran mereka (sekiranya ada) adalah atas kapasiti peribadi, dan bukan sebagai wakil parti.<\/p>\n<p>\u201cBagi memastikan arahan ini dipatuhi, saya sendiri telah mengarahkan pegawai-pegawai untuk memantau acara tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya boleh mengesahkan tiada sebarang lambang atau bahan parti Warisan dipamerkan sepanjang perhimpunan berlangsung,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini susulan wujud dakwaan yang mengaitkan Warisan dengan perhimpunan aman tersebut.<\/p>\n<p>Sementara itu, Azis berkata, tiada mana-mana ahli Warisan terlibat dalam insiden membakar banner dan poster Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang berlaku pada perhimpunan aman tersebut.<\/p>\n<p>Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya, perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa sendiri.<\/p>\n<p>\u201cKami yakin pihak penguat kuasa terutamanya Cawangan Khas, telah mengenal pasti individu yang terlibat. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengesahkan fakta berdasarkan bukti yang ada,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada mahasiswa UMS yang menggerakkan perhimpunan aman tersebut kerana berani menyuarakan penentangan terhadap rasuah sambil mematuhi proses undang-undang dalam menganjurkan demonstrasi aman tersebut.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia memerlukan lebih banyak gerakan masyarakat sivil bebas seperti Gerakan Mahasiswa UMS yang boleh menjadi pemantau pihak ketiga dan menuntut pertanggungjawaban daripada pihak berkuasa.<\/p>\n<p>\u201cMemerangi rasuah bukanlah tanggungjawab pihak berkuasa atau ahli politik semata-mata, tetapi tanggungjawab bersama semua rakyat Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Demonstrasi Himpunan Gempur Rasuah 2.0 berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah semalam tidak mempunyai kaitan dengan Parti Warisan, kata Mohd Azis Jamman. Ketua Penerangan Warisan itu berkata perhimpunan tersebut dianjurkan sepenuhnya oleh Suara Mahasiswa UMS dan tiada penglibatan parti politik secara rasmi menyokong penganjuran tersebut. Dalam masa sama, ujar beliau, Warisan menjunjung dan menghormati hak untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":994,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,641,642,643,43,94,239],"authors":[],"class_list":["post-993","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-azis-jamman","tag-bakar","tag-himpunan-gempur-rasuah-2-0","tag-pdrm","tag-polis","tag-warisan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/993","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=993"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/993\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":995,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/993\/revisions\/995"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/994"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=993"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=993"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=993"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=993"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}