{"id":9998,"date":"2026-05-06T10:59:48","date_gmt":"2026-05-06T10:59:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=9998"},"modified":"2026-05-06T10:59:48","modified_gmt":"2026-05-06T10:59:48","slug":"empat-kekosongan-exco-negeri-sembilan-masih-belum-diganti-aminuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/empat-kekosongan-exco-negeri-sembilan-masih-belum-diganti-aminuddin\/","title":{"rendered":"Empat kekosongan exco Negeri Sembilan masih belum diganti: Aminuddin"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Sembilan belum membuat keputusan untuk mengisi empat jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang kosong selepas krisis sokongan melibatkan wakil UMNO baru-baru ini.<\/p>\n<p>Menteri Besar Aminuddin Harun, berkata buat masa ini tugas portfolio berkenaan akan dipikul oleh enam Exco sedia ada sementara menunggu keputusan lanjut.<\/p>\n<p>\u201cJawatan Exco yang kosong belum ada keputusan pengganti. Buat masa ini, semua tugasan akan diagihkan kepada EXCO sedia ada mengikut keperluan,\u201d katanya selepas Mesyuarat Mingguan di Wisma Negeri.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan kerajaan negeri sedang menyusun semula pembahagian tugas, termasuk menghadiri mesyuarat dan urusan rasmi di lapangan.<\/p>\n<p>\u201cKami sedang senaraikan semua tanggungjawab dan akan bincangkan secara berperingkat dengan ahli mesyuarat lain. Pelantikan baharu ini memerlukan sedikit masa,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Kekosongan tersebut berlaku susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menarik sokongan terhadap pentadbiran negeri sebelum ini, sekali gus memberi kesan kepada struktur Exco.<\/p>\n<p>Empat portfolio yang terjejas sebelum ini melibatkan sektor penting seperti pembangunan desa dan pertanian, pendidikan dan modal insan, belia dan sukan, serta warisan dan teknologi.<\/p>\n<p>Kedudukan ini sebelum ini dipegang oleh wakil UMNO dari ADUN Pertang, Senaling, Palong dan Linggi.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Aminuddin memaklumkan tiada sebarang komunikasi diterima daripada ADUN UMNO selepas keputusan terbaru hasil perbincangan antara pimpinan UMNO dan Pakatan Harapan di peringkat pusat.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditangguhkan, beliau berkata tarikh baharu masih belum ditetapkan.<\/p>\n<p>\u201cKami sedang meneliti beberapa dokumen dan Rang Undang-Undang yang akan dibentangkan. Ada kemungkinan sidang itu akan diadakan serentak dengan pembentangan belanjawan negeri,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Sembilan belum membuat keputusan untuk mengisi empat jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang kosong selepas krisis sokongan melibatkan wakil UMNO baru-baru ini. Menteri Besar Aminuddin Harun, berkata buat masa ini tugas portfolio berkenaan akan dipikul oleh enam Exco sedia ada sementara menunggu keputusan lanjut. \u201cJawatan Exco yang kosong belum ada keputusan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9361,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,3686,2580,69,408,1154,727,146],"authors":[],"class_list":["post-9998","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-aminuddin-harun","tag-exco","tag-jawatan","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9998","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=9998"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9998\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9999,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/9998\/revisions\/9999"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9361"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=9998"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=9998"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=9998"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=9998"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}