Azalina jelaskan status dokumen siasatan saham Azam Baki

July 8, 2026 · Politik

Perincian transaksi pembelian saham dan tempoh pegangan saham bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, tidak boleh didedahkan kepada umum kerana ia dilindungi oleh peruntukan undang-undang sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, maklumat itu melibatkan dokumen siasatan, data peribadi serta dokumen perisytiharan harta yang tidak dikategorikan sebagai dokumen awam.

Menurutnya, isu berkaitan pemilikan saham dan perisytiharan harta Azam telah diteliti oleh Jawatankuasa Khas Siasatan yang ditubuhkan pada 13 Februari lalu.

“Jawatankuasa tersebut telah menyelesaikan siasatannya secara bebas, telus dan profesional, dan hasil siasatan berkenaan telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, yang meminta Perdana Menteri menyenaraikan transaksi pembelian saham Azam antara 2012 hingga 2026, termasuk tempoh pegangan saham bernilai lebih RM100,000.

Azalina berkata, kerajaan mengambil serius setiap isu melibatkan pemilikan aset dan pematuhan peraturan dalam kalangan pegawai awam, khususnya mereka yang memegang jawatan penting dalam institusi penguatkuasaan.

Katanya, semua aspek berkaitan telah diperiksa dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan dapatan Jawatankuasa Khas Siasatan tersebut.

“Kerajaan sentiasa memastikan semua aspek berkaitan, termasuk pemilikan saham dan pematuhan terhadap peraturan yang berkuat kuasa, diperiksa serta tindakan sewajarnya diambil,” katanya.

Isu pemilikan saham Azam sebelum ini mencetuskan perhatian awam selepas timbul persoalan mengenai pegangan saham yang dikaitkan dengan beliau dan ahli keluarganya.

Kontroversi itu turut mengundang gesaan supaya siasatan bebas dilakukan bagi menjelaskan sama ada wujud pelanggaran peraturan perkhidmatan awam, konflik kepentingan atau sebarang kesalahan di bawah undang-undang.

Azalina berkata, sebarang perkembangan atau keputusan rasmi yang sesuai untuk dimaklumkan kepada masyarakat akan diumumkan oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

Beliau merujuk kepada kenyataan media Pejabat Ketua Setiausaha Negara pada 31 Mac lalu berhubung hasil siasatan jawatankuasa berkenaan.

Berita berkaitan
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
9 jam lalu· Politik
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu· Isu semasa
Empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM: Laporan
August 15, 2026· Isu semasa
Siasatan KWAP dalam eFishery hampir selesai
August 14, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
8 jam lalu · Politik
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
9 jam lalu · Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
9 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu · Politik
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok