Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin Ali telah menafikan dakwaan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berhubung sebuah video intim yang dikaitkan dengannya pada 2019.
Setiausaha Agung Bersatu itu menyifatkan kenyataan Wan Saiful baru-baru ini itu sebagai fitnah dan tidak berasaskan fakta, sambil menegaskan pihaknya sentiasa berpegang kepada kebenaran dan ilmu.
“Mereka hidup dengan fitnah. Kita bersandarkan ilmu dan fakta. Tenang melangkah maju. Perjuangan pasti ada cabaran. Ikhlas dan jujur berkhidmat walau di mana sekali pun,” katanya dipetik laporan media.
Pada sidang media sebelumnya, Wan Saiful mendakwa Azmin tidak layak memegang jawatan dalam parti berikutan satu insiden video intim di Sandakan yang didakwanya disahkan tulen melalui siasatan forensik.
Dakwaan itu telah mengubah pendirian Wan Saiful terhadap Azmin.
Mengenai hubungannya dengan PAS, Azmin yang juga ADUN Hulu Kelang menegaskan hubungan dengan parti Islam itu di peringkat negeri dan pusat adalah dalam keadaan yang sangat baik.
“Alhamdulillah (PAS) Selangor dan Pusat amat mantap,” ulasnya.
Sementara itu, seorang veteran Bersatu, Mohd Redzuan Md. Yusof menggesa pemimpin-pemimpin tertinggi parti untuk segera berbincang bagi mencari penyelesaian terhadap isu ini sebelum ia merebak dan menjejaskan perpaduan di peringkat akar umbi.
Beliau turut melahirkan kekecewaan dengan tindakan segelintir pihak yang dilihat memecah-belahkan parti.
“Apa yang dibuat oleh Wan Saiful sudah pasti memecah-belahkan parti,” katanya.”
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
Najib tahu akaun sendiri, guna untuk tulis cek: Saksi
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen