Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli membidas Pengerusi interim Wilayah Persekutuan, Azman Abidin ekoran kenyataan baru-baru ini yang mengkritiknya.
Rafizi Ramli seakan memberi bayangan sedia menerima sebarang tindakan termasuk sekiranya digantung atau dibuang dari PKR kerana kelantangannya.
Bekas timbalan presiden PKR memberi reaksi balas terhadap Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Bidin baru-baru ini yang mengkritiknya ekoran kelantangannya dalam membangkitkan isu-isu penting, selain mempersoalkan keputusan dibuat kerajaan.
Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi itu berkata, dalam masa tiga bulan ini, ada beberapa kerat dalam parti memberinya pelbagai label.
“Mula, ditolak akar umbi sebab tak pandai jaga akar umbi. Kemudian, saya tak ada lagi bagus kerana jadi beban sudah kepada parti dan kerajaan.
“Kemudian, memujuk saya supaya jangan letak jawatan. Kemudian lepas itu, tuduh merajuk bila saya letak jawatan. Sekarang yang terbaru tuduhan mahu hancurkan parti.
“Eh, kalau dah ditolak akar umbi dan tidak ada pengaruh, baguslah campak jauh-jauh, bukan ada kesan pun,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Rafizi juga sempat memperli Azman dengan mempersoalkan peranannya sepanjang berada dalam PKR.
“Tuduhan terbaru ini datang dari seorang yang bernama Datuk Azman Abidin. Siapa Azman Bidin ini?
“Dia orang hebat dalam PKR, walaupun rakyat mungkin kurang kenal sebab itu hari ini, saya nak kenalkan Datuk Azman Abidin.
“Kehebatan beliau walau apa pun terjadi dalam politik dalaman PKR, dia mesti dapat tempat bergaji besar dalam kerajaan. Masa arwah Tan Sri Khalid jadi MB (Menteri Besar), dia orang kuat Tan Sri Khalid (Khalid Ibrahim) dan dilantik jadi pegawai MB mati-matian tolak Azmin (Mohamed Azmin Ali).
“Bila Azmin jadi MB pula, tiba-tiba dia pusing sokong Azmin, jadi pegawai kepada Azmin pula. Bila Anwar jadi PM, walaupun kelibat dia kita tak nampak sangat semasa kempen nasional PRU-15, tiba-tiba dia jadi Setiausaha Politik PM,” ujarnya.
Rafizi juga mendakwa Azman salah seorang dari setiausaha politik PM selain dari Shamsul Iskandar dan Chan Ming Kai yang ligat menghabiskan masa berkempen di bawah untuk buang pimpinan PKR tidak sehaluan dengan mereka.
“Orang sibuk mentadbir negara, mereka sibuk atur di belakang dengan kemuncaknya menyusun Nurul Izzah bertanding sebagai Timbalan Presiden.
“Kalau ada yang rasa macam pernah baca mengenai Azman Bidin, dia pernah menghiasi berita di media mengenai satu dakwaan salah laku kes juta-juta di DBKL,” dakwanya.
PN bakal muktamad pindaan perlembagaan minggu depan: Muhyiddin
Bos Mydin bidas Ahli Parlimen DAP: “Lu Siapa?”
PAS sudah ada calon Pengerusi PN: Hadi
Laporan: PAS gagal kemuka calon baharu pengerusi PN?
PAS ragui cadangan ‘kolaborasi agung’ dibawa UMNO, enggan menyokong
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong