Dr Muhamad Akmal Saleh.
Pelantikan barisan menteri yang baharu, yang menjadi hak mutlak Perdana Menteri, sepatutnya tidak lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak, kata Dr Muhamad Akmal Saleh.
Menurut Ketua Pemuda UMNO, seseorang pemimpin yang dilantik itu adalah cerminan kepada visi dan imej Perdana Menteri sendiri dalam mencorakkan barisan pentadbirannya yang tidak wajar dipersoalkan mana-mana pihak.
“Ia seperti ‘baju’ yang dipilih sendiri oleh Perdana Menteri untuk dipakai memimpin. Jadi, tidak perlu kita sibuk mempersoalkan pilihan beliau,” katanya dalam satu kenyataan di hantaran akaun Facebooknya.
Beliau berkata mandat dan penilaian sebenar terhadap keupayaan seseorang menteri itu akan diberikan sendiri oleh rakyat di dalam undi pada masa akan datang dan setiap tindakan menteri akan dipantau rapi.
“Jika menteri itu tidak berkualiti dan tidak dapat melaksanakan tugas, rakyat akan menghukum dengan tidak memberikan undi kepada parti menteri berkenaan. Sebaliknya, jika mereka bekerja dengan baik, sokongan pasti akan datang,” jelasnya lagi.
Akmal turut menasihati semua menteri baharu agar segera menumpukan perhatian kepada tanggungjawab yang diberikan, bukannya berasyik-syira atau membuat kenyataan yang tidak wajar.
“Tahniah diucapkan atas pelantikan, tetapi ini bukan masa untuk bersuka-ria. Ini adalah masa untuk bekerja untuk rakyat. Janji-janji manis yang ditabur sebelum ini jangan dilupakan begitu sahaja,” tegasnya.
Beliau juga mengingatkan semua pihak untuk sentiasa menghormati kerangka undang-undang negara yang sedia ada.
“Ingat, negara ini ada undang-undang dan Perlembagaan yang mesti dipatuhi. Bukanlah kerana sudah bergelar menteri, maka semua peraturan boleh dilanggar. Sekiranya berlaku, tempoh khidmat anda mungkin hanya sepenggal sahaja,” ujarnya lagi.
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
AMK persoal aktivis membisu dalam isu ketegangan kaum
UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat
Khaled ajak bekas ahli kembali ke UMNO, sahut seruan Zahid pemimpin ulung
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan