Batal jemputan Trump jika aktivis tidak dibebas, desak Pemuda UMNO

October 2, 2025 · Politik

Kerajaan Malaysia didesak agar membatalkan jemputan rasmi kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekiranya semua aktivis dan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan oleh Israel tidak dibebaskan dengan segera.

Gesaan itu dibuat Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh, sebagai bantahan terhadap tindakan rejim Zionis itu yang memintas dan menahan kumpulan aktivis kemanusiaan tersebut, termasuk 11 rakyat Malaysia.

Beliau berkata sayap pemuda itu bersedia untuk menganjurkan satu himpunan besar-besaran sebagai protes sekiranya Trump masih lagi dijadikan tetamu negara ketika Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur pada bulan ini.

“Jika semua aktivis dan sukarelawan GSF terutama rakyat Malaysia tidak dibebaskan, kami mendesak kerajaan membatalkan jemputan Trump ke Malaysia atau kami Pemuda UMNO seluruh negara akan turun membantah di hadapan Trump secara besar-besaran,” tegas beliau.

“Biar kita berdepan dengan Trump secara terus. Sakiti mereka (sukarelawan GSF) sama juga dengan menyakiti kami semua rakyat Malaysia. Bebaskan aktivis GSF,” tambahnya.

Insiden tersebut berlaku apabila 12 kapal yang terlibat dalam misi kemanusiaan GSF dilaporkan telah dipintas oleh tentera Israel di perairan Laut Mediterranean.

Misi tersebut bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang terkepung.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, juga telah menggesa pembebasan segera semua sukarelawan atas alasan misi tersebut adalah satu usaha kemanusiaan yang digerakkan oleh orang awam tanpa membawa sebarang senjata.

Berita berkaitan
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu· Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
6 jam lalu· Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
24 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
24 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
24 jam lalu · Politik
Bekas menteri bakal didakwa esok berhubung RCI Tabung Haji
24 jam lalu · Politik
Syarat UMNO: Adakah PAS sanggup cerai Wawasan sama seperti Bersatu?
September 12, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok