Bayangan PRN Sabah hujung Julai, isyarat diberi Hajiji

June 15, 2025 · Politik

Ketua Menteri Hajiji Noor memberi bayangan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diumum selepas Perhimpunan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Julai ini.

Bagaimanapun, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Presiden Gagasan Rakyat berkata tarikh itu masih belum ditetapkan meskipun terdapat spekulasi ia akan berlaku pada hujung Julai ini atau awal Ogos depan.

“Belum lagi, kita mesyuarat dulu perhimpunan agung pada hujung bulan Julai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman hari ini.

Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah terbubar secara automatik pada 11 Nov ini. Pembubaran itu akan membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 (PRN17).

Hajiji turut menegaskan gabungan parti pimpinan beliau yang kini menerajui kerajaan negeri bersedia menghadapi mana-mana parti pada PRN17 dan keputusan untuk bekerjasama dengan parti lain akan ditentukan oleh Ahli Majlis Tertinggi GRS.

Sementara itu, Hajiji berkata Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat kali ini penting memandangkan ia diadakan menjelang PRN17 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Jadi, ingatan dan nasihat saya kepada ahli-ahli Gagasan Rakyat dan GRS supaya bersatu hati. Rapatkan barisan, kuatkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya tidak lama lagi,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, beliau mengingatkan pemimpin dan ahli Gagasan Rakyat serta GRS agar mengambil iktibar daripada situasi politik semasa selain menangkis pembohongan yang disebarkan pembangkang melalui media sosial.

“Kita mesti bijak menilai antara fitnah dan pembohongan dengan apa yang telah dilaksanakan kerajaan. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan yang dibawa pembangkang.

“Biarlah pembangkang melakukan fitnah tetapi kita ahli Gagasan Rakyat mesti berdiri teguh bersama-sama rakan dalam GRS Plus, khususnya di Sulaman ini,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Kemenangan 40 kerusi UMNO di Johor perlu dipertahankan: Mat Maslan
February 8, 2026· Politik
PH teliti bentuk kerjasama dengan BN hadapi PRN Melaka dan Johor: Saifuddin
February 7, 2026· Politik
Hamzah lebih wajar undur, Tun Faisal bidas kumpulan ‘GSD’ serang Presiden Bersatu
February 3, 2026· Politik
Kerusi PRN Johor: Mat Maslan bidas Amanah buat bising, gesa runding secara elok
February 1, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
3 jam lalu · Politik
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
5 jam lalu · Politik
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
8 jam lalu · Politik
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
February 8, 2026 · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok