Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026 bagi mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya bakal dibawa kerajaan Madani.
Pertemuan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam membincangkan isu lantikan jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman negara.
Dalam pertemuan tertutup semalam di Seri Perdana, beberapa Ahli Parlimen (MP) PH menyuarakan permohonan kepada Anwar agar tidak mencalonkan seorang hakim kanan untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.
Menurut laporan Malaysiakini yang memetik sumber, beberapa MP itu memaklumkan Anwar tidak mendedahkan sekiranya hakim kanan tersebut yang terpalit dengan dakwaan campur tangan kehakiman termasuk dalam senarai calon yang diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.
“Dia (Anwar) berkata keputusan terletak di tangan Majlis Raja-Raja.
“Cara dia menyatakannya seolah-olah seperti berkata ‘mesej diterima’,” kata seorang MP PH dipetik dalam laporan tersebut.
Laporan itu memaklumkan seorang lagi MP daripada parti lain turut menyokong dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, sumber tersebut memberitahu Anwar tidak menunjukkan senarai hakim yang dicadangkan untuk menjadi Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya yang baharu.
“Kami telah berbincang, tetapi ia pertemuan tertutup…namun kami tak nampak (senarai).
“Ini adalah antara Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja. Jadi saya tak dapat sahkan kepada anda (jika nama hakim itu ada dalam senarai,” kata sumber itu.
Majlis Raja-Raja akan bersidang bermula hari ini hingga 17 Julai.
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum