Bendahari Pemuda BN direhatkan sementara selepas bekas isteri buat pendedahan: Akmal

October 30, 2025 · Politik

Shahrul Nasrun Kamarudin telah direhatkan sementara daripada tugasnya sebagai Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN) berikutan kontroversi yang dicetuskan oleh bekas isterinya baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh, mengesahkan perkara itu dan berkata keputusan itu dibuat untuk memberi ruang kepada Shahrul Nasrun menangani urusan peribadinya.

“Buat masa ini, Datuk Shahrul direhatkan sementara daripada tugasnya sebagai Bendahari Pemuda BN bagi membolehkannya menumpukan perhatian kepada urusan peribadinya,” jelas Dr. Akmal.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan campur tangan dalam hal peribadi Shahrul Nasrun dan akan memberikan ruang yang diperlukan kepadanya.

Kontroversi ini tercetus apabila bekas isteri Shahrul Nasrun, usahawan dan pempengaruh Amyera Zainal, membuat beberapa tuduhan menerusi Instagram pada 28 Oktober lepas.

Amyera mendakwa muncul selepas merasakan ada pihak cuba merosakkan reputasinya.

“Dia cuma mahu orang anggap saya jahat kerana saya seksi. Itu sahaja motifnya, tetapi salah langkah. Saya bukan jenis yang mengganggu orang lain, tetapi jika awak kacau saya, itu adalah kesilapan terbesar awak,” katanya.

Tuduhan itu timbul sejurus selepas Shahrul Nasrun bertunang dengan Meerween pada 25 Oktober lalu.

Menjawab kontroversi tersebut, Shahrul Nasrun tampil di Instagram dengan kenyataan rasmi dan menafikan dakwaan yang dilemparkan dan mempertahankan tunangnya, Meerween.

“Sebagai manusia, saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Saya tidak menafikan kekurangan saya dan apa yang berlaku dalam perkahwinan lalu adalah pengajaran hidup yang berharga,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan harapan agar bekas isterinya mendapat ketenangan dan kebahagiaan.

Dalam kenyataan sama, Shahrul Nasrun turut menyertakan peringatan undang-undang berkaitan penyebaran maklumat palsu dan buli siber.

Berita berkaitan
UMNO akan teruskan usaha penyatuan Melayu, tak perlu layan kritikan: Johari
1 jam lalu· Politik
Kembalinya Hishammuddin, Khairy suntik keyakinan baharu kepada BN: Ka Siong
2 jam lalu· Politik
Hadi disaran muhasabah diri, bersihkan diri daripada bisikan syaitan: Razlan
March 14, 2026· Politik
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
March 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS akan ambil jawatan Ketua Pembangkang, ganti Hamzah: Samsuri
March 14, 2026 · Politik
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
March 13, 2026 · Politik
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
March 13, 2026 · Politik
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
March 13, 2026 · Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok