Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Badan Pimpinan Negeri Bersatu Kelantan menyambut keputusan parti untuk menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dengan sikap terbuka.
Ketua Badan Pimpinan Negeri tersebut, Kamaruddin Md Nor, menyatakan keyakinannya keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin parti adalah adil dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Beliau menyifatkan jawatankuasa berkenaan sebagai berperanan ibarat ‘mahkamah’ dalam struktur dalaman parti.
“Lembaga Disiplin telah membuat keputusannya terhadap seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, dan saya percaya ia dilakukan secara adil dan mengikut prosedur yang sedia ada,” katanya dipetik laporan BH.
“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini. Bagi kami di Bersatu Kelantan, kami terima keputusan ini dengan hati terbuka,” tegas Kamaruddin lagi.
Keputusan tersebut menyusuli laporan mengenai tindakan tegas Lembaga Disiplin Bersatu terhadap beberapa ahlinya yang terlibat dalam isu akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha untuk mendesak presiden parti meletakkan jawatan.
Selain penggantungan Wan Ahmad Fayhsal bagi satu penggal, parti itu turut memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, serta empat lagi ketua bahagian.
Walaupun dikenakan tindakan dalaman parti, kedudukan Wan Saiful dan Wan Ahmad Fayhsal sebagai Ahli Parlimen tidak terjejas.
Ini berikutan pemecatan keahlian dalam mana-mana parti politik tidak tertakluk kepada peruntukan anti lompat parti di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
Najib tahu akaun sendiri, guna untuk tulis cek: Saksi
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen