Bersatu Machang desak Wan Fayhsal dipecat yang kurang ajar dan biadap

February 1, 2026 · Politik

Bersatu Bahagian Machang menggesa Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan lebih tegas terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dengan memecatnya daripada parti.

Ketuanya, Kamaruddin Ab Kadir menyifatkan hukuman penggantungan selama satu penggal sebagai terlalu ringan dan tidak setimpal dengan kesan yang didakwa berlaku terhadap parti.

Menurut Kamaruddin, Wan Ahmad Fayhsal tidak lagi sesuai berada dalam Bersatu mahupun gabungan Perikatan Nasional (PN), khususnya selepas didakwa mencetuskan konflik dalaman di peringkat bahagian.

“Penggantungan satu penggal tidak mencukupi berbanding kerosakan yang berlaku kepada parti, terutama Bersatu Bahagian Machang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mendesak supaya Wan Ahmad Fayhsal disingkirkan daripada senarai Ahli Parlimen PN dan bertukar status kepada Ahli Parlimen bebas.

“Individu yang menyerang parti, mencabar kepimpinan dan merosakkan struktur dalaman tidak wajar terus berlindung di bawah nama Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Kamaruddin juga mendakwa Wan Ahmad Fayhsal berulang kali melanggar disiplin parti, mempertikai keputusan kepimpinan serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli.

Lebih serius, beliau mendakwa Ahli Parlimen itu menggunakan akuan bersumpah palsu bagi membuat aduan berkaitan pemilihan dan persidangan bahagian. “Ini perbuatan berat dan mencemarkan demokrasi dalaman parti,” katanya.

Untuk rekod, Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini tewas dalam pemilihan jawatan ketua Bersatu Bahagian Machang pada Februari 2025 kepada Kamaruddin.

Pada Oktober 2025, Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian beliau selama satu penggal, manakala Wan Saiful Wan Jan serta beberapa pemimpin lain dipecat kerana melanggar peraturan dan etika parti.

Berita berkaitan
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
11 jam lalu· Politik
PAS bakal umum kerjasama dengan Hamzah selepas ‘ceraikan’ Bersatu
15 jam lalu· Politik
Perpecahan pembangkang kerana berebut kuasa, tiada kaitan dengan PMX: Kamil Munim
June 11, 2026· Politik
Hadi sahkan PAS cerai Bersatu kerana halang kumpulan Hamzah sertai PN
June 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
1 jam lalu · Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu · Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
5 jam lalu · Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
5 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok